Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengumumkan senarai 24 pemain yang dipanggil menyertai skuad China bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia dan Syria.
Baca Juga:
- Owen Teo Dapat Tawaran Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan China
- Marcello Lippi Pertahankan Tindakan China Ambil Ramai Pemain Naturalisasi
- Zhang Lu: China Sukar Kecapi Kejayaan Dalam Tempoh 20 Tahun, Naturalisasi Tidak Mampu Selesaikan Masalah Fundamental
Mereka telah pun mengadakan kem latihan pusat sejak 2 September lalu dan bakal menguji kekuatan Harimau Malaya pada 9 September ini di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.
China yang kini dibimbing oleh jurulatih dari Serbia, Aleksandar Jankovic turut menyenaraikan 3 pemain naturalisasi iaitu Li Ke, Jiang Guangtai dan Ai Kesen.
Li Ke atau nama sebenarnya Nico Yennaris merupakan pemain kelahiran England dan pernah menyertai kelab EPL, Arsenal pada musim 2011 hingga 2014. Beliau dinaturalisasikan ketika menyertai Beijing Guoan pada musim 2019.
Manakala Jiang Guangtai atau nama sebenarnya Tyias Browning turut dilahirkan di England dan pernah beraksi dengan beberapa kelab EPL seperti Everton, Wigan Athletic serta Sunderland sebelum membuat keputusan berhijrah ke China menyertai Guangzhou Evergrande.
Manakala Aikesen atau nama sebenarnya Elkeson Cardoso satu-satunya pemain kelahiran Brazil yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan China bagi memperkuat jentera serangan.
Mereka bertiga adalah sebahagian daripada projek naturalisasi CFA sejak 2019 bagi membantu pasukan itu layak ke Piala Dunia.
Tiga pemain naturalisasi China 🇨🇳 yang perlu skuad kebangsaan 🇲🇾 waspada!
1. Tyias Browning | CB | 29 tahun
2. Elkeson | CF | 34 tahun
3. Nico Yennaris | DMF | 30 tahunDiharapkan Harimau Malaya akan menang dalam kedua-dua aksi perlawanan persahabatan menentang Syria dan China. pic.twitter.com/19vqUez87Z
— Pecinta Bola Sepak Malaysia (@PcntaBolaSpakMy) September 5, 2023
Selain itu, mereka juga turut diperkuatkan oleh bekas bintang Espanyol, Wu Lei yang menjaringkan 3 gol ketika aksi persahabatan antarabangsa pada bulan Jun.
Beberapa pemain tempatan mereka turut mempunyai pengalaman beraksi di eropah seperti Xu Xin (Athletico Madrid), Wang Shangyuan (Club Brugge) dan Lin Liangming (Almeria).
Barisan 24 pemain China menentang Malaysia dan Syria
Penjaga Gol: Yan Junling (Shanghai Port), Wang Dalei (Shandong Taishan), Liu Dianzuo (Wuhan TT)
Pertahanan: Zhang Linpeng, Wang Shenchao, Jiang Guangtai, Wei Zhen, Li Shuai (Shanghai Port), Deng Hanwen, Gao Zhunyi (Wuhan TT), Li Lei (Beijing Guoan)
Tengah: Wu Xi (Shanghai Shenhua), Xu Xin (Shanghai Port), Chen Pu, Sun Guowen (Shandong Taishan), Xie Pengfei (Wuhan TT), Li Ke (Beijing Guoan), Wang Shangyuan (Henan), Lin Liangming (Dalian Pro) dan Wang Qiuming (Tianjing Jinmen Tiger)
Penyerang: Wu Lei (Shanghai Port), Ai Kesen (Chengdu Rongcheng), Wang Ziming (Beijing Guoan), Ba Dun (Tianjin Jinmen Tiger)