Chelsea sudah ada nama calon pengganti Graham Potter, setelah pengurus itu dipecat pada hari ini.

Di mana salah seorang daripada nama tersebut adalah pengurus Brighton – sekali lagi.

Sebelum ini Chelsea menebus kontrak Graham Potter dari Brighton untuk menggantikan Thomas Tuchel.

Mari semak 3 nama tersebut.

1. Roberto De Zerbi

Nama Roberto De Zerbi berada dalam radar Chelsea. Keupayaan pengurus itu mengendalikan taktikal permainan yang menarik, membuatkan reputasinya meningkat naik.

De Zerbi berjaya mengekalkan Brighton sebagai salah sebuah pasukan yang kuat dari kalangan pasukan yang diangga midtable.

Ia bukan tugas mudah memandangkan apa yang telah dilakukan Graham Potter sebelum ini.

2. Mauricio Pochettino

Pochettino masih menjadi nama yang sentiasa dalam senarai calon untuk dilantik mengisi kekosongan jawatan pengurus.

Pochettino juga dikaitkan dengan Spurs pada masa ini. Namun rundingan dengan kelab London Utara itu masih tidak menunjukkan perkembangan lebih menjanjikan.

Dikenali sebagai salah seorang pengurus yang mampu bekerja di bawah budget terhad ketika di Spurs, dia pernah mengendalikan PSG – sebelum dilepaskan kerana kegagalan dalam kempen UCL.

Nama Pochettino pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bola sepak Inggeris.

3. Julian Nagelsmann

Menurut Fabrizio Romano, nama Nagelsmann antara nama paling awal dibincangkan oleh pengurusan tertinggi Chelsea untuk menjadi pengganti Graham Potter.

Nagelsmann dipecat minggu lalu, dan digantikan oleh bekas pengendali Chelsea sendiri iaitu Thomas Tuchel.

Pengurus yang memiliki rekod yang baik di Bundesliga ini dianggap sebagai salah seorang pengurus muda terbaik di dunia pada ketika ini.

Jadi siapakah yang bakal menjadi pengurus baharu Chelsea selepas ini?