Ketua jurulatih Hong Kong, Joern Andersen menegaskan pasukannya bakal turun tanpa beberapa pemain utama pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Baca Juga:

Andersen berkata demikian dimana ada beberapa pemain yang tidak mendapat pelepasan dari kelab selain mengalami kecederaan.

“Pada Jun tahun lalu, akibat pandemik COVID-19, kami tidak dapat memanggil pemain yang beraksi di China tapi kali ini ada sedikit kelegaan kerana pemain kami mahukan boleh beraksi, ­namun ada yang tidak dapat sertai akibat ada saingan liga di China.

“Ada juga beberapa pemain tidak mengalami kecederaan dan mereka tidak bersama kami untuk aksi persahabatan ini, seorang lagi tidak bersama kerana mempunyai masalah pasportnya iaitu Helio José de Souza.

“Apa pun, kami tetap datang dengan barisan terbaik selepas beraksi menentang Singapura. Walaupun seri 1-1, namun kami mendominasi dengan melakukan serangan bertali arus, cuma cabarannya pihak lawan bermain secara bertahan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Dalam masa yang sama, Joern Andersen berharap cuaca baik dan tidak hujan ketika perlawanan antara Hong Kong menentang Malaysia kerana ia akan memberi kesukaran kepada pasukannya beraksi di atas padang yang basah.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan pada aksi persahabatan pertama bertemu Turkmenistan dimana Akhyar Rashid menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan.