Pemain import muda Selangor yang sedang meningkat naik, Hein Htet Aung dikhabarkan telah menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab dari Lembah Klang itu.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana ejen kepada Hein telah mengesahkan mengenai perkara ini. Namun, masih belum diketahui tempoh lanjutan yang ditandatangani oleh Hein.
Hein Htet Aung’s agent has revealed that the player has extended his contract with Selangor. Terms are not specified, but it looks like the young Myanmar playmaker will don the Red Giants jersey for the foreseeable future. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) August 13, 2021
Pemain berusia 19 tahun itu menyertai Selangor pada awal musim 2021 setelah tiga musim beraksi dalam saingan Liga Myanmar bersama Hanthawaddy United.
Hein Htet Aung menampilkan prestasi cemerlang dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super menentang Pulau Pinang, UiTM dan Kedah Darul Aman dimana beliau menyumbang assist dan mencipta gandingan yang baik bersama seorang lagi pemain import, Ifedayo Olesegun.
Langkah yang diambil oleh Selangor ini dilihat sebagai satu langkah yang bijak memandangkan usia Hein yang masih muda dan beliau mampu untuk memberi sumbangan untuk Selangor dalam satu jangka masa yang lama.
Jika Hein berjaya mengekalkan prestasi semasa sehingga hujung musim, maka Selangor tidak perlu runsing untuk memikirkan mengenai jentera serangan pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan kerana Hein dan Ifedayo mampu untuk mengetuai barisan serangan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Luqman Hakim Dan Wan Kuzri Bakal Sertai Kem Latihan Pusat Skuad B-20