Penjaga gol skuad kebangsaan Singapura, Hassan Sunny melalui satu temu bual yang dilakukan oleh pihak Thai League, mengakui bahawa liga bola sepak Thailand adalah yang terbaik dirantau Asia Tenggara.

Beliau yang sudah melakukan lebih 100 penampilan di Thailand itu turut menyatakan bahawa ini merupakan satu pencapaian yang besar dalam karier bola sepaknya dan menggesa para pemain dari rantau ini untuk datang beraksi di Thailand sekiranya berpeluang.

19B6D4FF-4DAD-48C7-9781-1C157AFE0725

“Jujurnya saya tidak sedar (mengenai perkara ini) sehingga diberitahu oleh pasukan media yang saya sudah beraksi lebih 100 kali dengan Army United.”

“Saya tanpa ragu merasakan ini adalah liga bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Dan selepas berjaya beraksi lebih 100 kali disini (Thai League 1 & Thai League 2), ia adalah satu pencapaian yang besar bagi saya. Saya gembira dan bangga.”

Ini merupakan kali ke-2 Hassan Sunny beraksi dalam saingan Thai League dimana beliau kali pertama disana pada tahun 2015 sebelum kembali ke Singapura beraksi dengan Home United pada 2017.

417A0D6F-6324-4F6A-BE23-23B73FED7A32

Ditanya bagaimana beliau membuat keputusan untuk kembali ke Thailand, Hassan Sunny menjelaskan pada tahun 2016 beliau masih mempunyai baki 1 tahun kontrak dan disebabkan kelab diturunkan serta masalah kewangan beliau menjadi pemain pertama ditamatkan kontrak.

“Saya sedih pada ketika itu dan meninggalkan pasukan begitu saja.”

Ditawarkan Kembali Beraksi Oleh Pengarah Kelab

Ketika beraksi dengan Home United pada musim 2017, sekitar bulan Oktober, pengarah kelab telah membuat panggilan kepada beliau dan mahu memanggil beliau kembali ke Army United.

2 minggu masa diambil untuk beliau membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut.

“Liga di Thailand akan bermula sekitar Januari dan latihan pra-musim dilakukan pada bulan Disember. Pada ketika itu liga di Singapura masih lagi berjalan.”

“Pada ketika itu perasaan saya bercampur baur untuk meninggalkan pasukan kerana saya tidak pasti mengenai masa depan.”

Hassan Sunny turut menjelaskan bahawa pengarah kelab menyatakan beliau akan menjadi pemain import pertama ditandatangani kelab.

“Disini (Army United) para pemain hanya akan ditawarkan kontrak selama 1 tahun sahaja dan dalam kes beliau pengarah kelab telah menawarkan kontrak selama 2 tahun. Saya rasa ia cukup istimewa dan dihargai.”

“Pengarah kelab seperti bapa saya disini. Dia membawa saya kembali ke sini dan menjaga saya.”

Bagi Hassan Sunny, pengarah kelab sangat mengambil berat dan memberikan sokongan kepada pemain-pemain serta sentiasa turun ke padang latihan.

E1515AAC-7411-4354-B9D0-DABFEAAE95B0

“Bayangkan bos anda turun ke padang latihan dengan memakai jersi latihan seperti pemain dan menyertai sesi bersama kami, ia satu bentuk sokongan yang cukup bermakna bagi kami.”

“Saya memakai kasut dan sarung tangan adidas dan beliau turut membeli kasut dan sarung tangan yang sama jenis dan warna dengan saya. Inilah hubungan diantara pemain dan pengurusan yang ada dalam pasukan kami.”

Kuota Pemain ASEAN

“Liga bola sepak Thailand adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Inilah liga dimana pemain-pemain Asia Tenggara mahu beraksi.”

Dengan kuota ini, ramai pemain telah datang ke Thailand terutamanya pemain dari Filipina.

Menurutnya lagi, ada pemain dari Filipina ini telah mempunyai pengalaman beraksi di eropah dan selepas beraksi seketika dalam liga Filipina, langkah seterusnya adalah untuk berada dalam liga Thailand.

D0C25AB3-CDF1-476B-BC28-FC6FF1A2D6A1

Pada ketika ini, saingan liga Singapura tidak begitu memuaskan dan kuota ini telah berjaya membantu pemain dari Singapura mendapatkan aksi yang lebih baik.

“Ada beberapa pemain dari Singapura yang beraksi disini (Thailand) seperti Baihakki, Izwan dan Irfan. Saya gembira melihat rakan-rakan beraksi disini terutama ketika dalam kem pasukan kebangsaan.”

“Walaupun kami tidak beraksi dalam pasukan yang sama tetapi sokongan diantara satu sama lain disini amat menakjubkan.”

Hassan Sunny juga berharap dan menyeru kepada mana-mana pemain dari Asia Tenggara yang lain untuk datang beraksi disini kerana inilah liga bola sepak terbaik di ASEAN.

76803756-354A-4F37-817F-A033DD217302

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa ia turut memberikan impak yang positif kepada pasukan kebangsaan kerana apabila pemain beraksi secara konsisten dalam liga yang berkualiti dan dikelilingi pemain yang bagus, seseorang pemain itu akan menjadi lebih baik lagi.

Rahsia Menjadi Pemain Yang Lebih Baik

Apabila diajukan soalan rahsia untuk berjaya, Hassan Sunny menjelaskan bahawa tiada sebarang jalan pintas atu rahsia untuk berjaya.

“Saya bekerja keras setiap hari. Semua mata terarah kepada kami sebagai prmain import. Sekali anda silap, tidak berlatih bersungguh atau mempunyai sikap malas, keesokkannya anda sudah tiada.”

Ia sesuatu yang sukar sebenarnya tetapi Hassan Sunny memberitahu beliau mengambil inisiatif untuk melihat dari sudut yang positif dan ini adalah cabaran baginya.

Para penyokong akan terus memerhatikan gerak geri kami.

“Anda pemain import tidak berlatih bersungguh-sungguh, tidak beraksi dengan baik dan pemain tempatan beraksi lebih baik, ada sesuatu yang tidak kena.”

3CC5E4DD-C280-46E3-8A3B-AB9334A34681

“Sebab utama mereka mengambil pemain import adalah untuk membantu mereka. Saya tidak mengatakan saya lebih baik dari pemain tempatan tetapi saya perlu menjadi lebih baik dari mereka.”

Mengakhiri perbualan itu, Hassan Sunny merakamkan penghargaan kepada penyokong kelab Army United yang telah bersama-sama pasukan dalam pelbagai situasi.

Beliau dan rakan sepasukan yang lain akan terus berusaha keras diatas padang untuk merebut kembali slot ke saingan Toyota Thai League 1 musim hadapan walaupun berdepan cabaran hebat dari pasukan lain.

CB17B986-F342-4C27-8C68-3803F03792D0

Dalam kedudukan semasa Army United berada ditempat ke-3 Thai League 2, dengan 3 pasukan teratas akan menerima slot automatik Thai League 1 musim 2020, berbaki 12 perlawanan.

Sumber