Ketua pasukan England, Harry Kane mengakui kegagalan untuk menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan skuad The Three Lions gagal layak ke separuh akhir  Piala Dunia 2022 merupakan perkara yang amat menyakitkan buatnya.

Baca Juga:

England beraksi baik dengan lebih menguasai permainan serta banyak mencipta peluang ke arah pintu gol Perancis tetapi semua itu masih gagal untuk menghalang kemaraan juara bertahan tersebut dengan kemenangan 2-1.

“Saya akan mengambil tanggungjawab di atas kegagalan ini dan sudah tentu ia amat menyakitkan. Dan ia akan menjadi kesakitan yang berpanjangan tetapi itulah sebahagian daripada tanggungjawab menjadi ketua pasukan.”

“Ia merupakan malam yang amat sukar untuk dihadapi,” ujar Kane menurut laporan dikeluarkan Sky News.

“Saya kecewa, begitu juga dengan pasukan susulan daripada keputusan ini. Kami mempunyai keyakinan penuh bahawa kami mampu untuk mencapai sesuatu yang istimewa pada Piala Dunia kali ini tetapi semua itu dihampakan dengan beberapa kesalahan kecil.”

“Saya fikir pada malam itu kami mempunyai peluang yang lebih baik pada perlawanan tersebut. Ia bergantung kepada pelaksanaannya.”

“Sebagai ketua pasukan, saya memikul beban ini dan bertanggungjawab atas kegagalan untuk menyempurnakan sepakan penalti.”

“Ia memang satu perkara yang sukar untuk diterima tetapi saya boleh berbangga dengan kumpulan ini, berbangga antara satu sama lain dengan apa yang telah kami lakukan.”

“Ini memang akan menyakitkan buat seketika tetapi kami akan bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan pada masa hadapan,” tambah Harry Kane lagi.

Sumber