Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan pemain kelahiran Singapura, Hariss Harun telah menamatkan kontrak dengan pasukan itu atas urusan keluarga disebabkan pandemik COVID-19.
Hariss menyertai JDT pada musim 2014 selepas menjulang gelaran Liga Super Malaysia bersama LionsXII dan kemudian memenangi tujuh lagi kejuaraan liga berturut-turut, Piala AFC 2015 bersejarah dan sembilan lagi trofi domestik di Malaysia.
Sepanjang bersama JDT, Hariss telah melakukan 197 penampilan, bermain 15,367 minit, menjaringkan 12 gol, melakukan lima bantuan jaringan dan sering kali mempertahankan benteng pertahanan dari bahagian tengah.
THANK YOU & ALL THE BEST HARISS!
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank captain Hariss Harun for his undivided loyalty, passionate performances and ever-present services to the club since his debut in January 2014.
[1/5] pic.twitter.com/IFlQahj8uX
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 10, 2021
Hariss melalui satu kenyataan di laman instagram mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) kerana memberi peluang kepadanya untuk mewakili sebuah kelab bola sepak yang hebat.
“Selepas 7 setengah tahun, saya mengakhiri perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan dalam karier bola sepak saya. JDT lebih dari sebuah kelab, ia adalah sebuah keluarga yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk memperbaiki diri sebagai pemain bola dan sebagai individu.
“Saya akan senantiasa berterima kasih atas peluang untuk mewakili negeri Johor Darul Ta’zim. Mengenang hari pertama saya di sini, sehingga kejayaan yang dimiliki kelab pada hari ini, saya merasa beruntung dapat menyaksikan transformasi JDT. Kenangan-kenangan yang akan bersama saya selamanya. Persahabatan yang terjalin dengan jurulatih, pegawai dan rakan sepasukan, saya belajar sesuatu dari setiap mereka.
“Kepada Boss TMJ, saya amat berterima kasih dan tidak akan dapat membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya ketika Tuanku membawa saya ke kelab dan memberi saya peluang untuk memimpin pasukan pada tahun-tahun terakhir saya di kelab,” tambahnya.
Berdasarkan khabar angin di media sosial, difahamkan Harris dijangka akan menyertai kelab terkaya Singapura, Lions City Sailors bagi menghadapi saingan Liga Premier Singapore dan AFC Cup.
Kuota pemain import Asean JDT juga kini telah kosong. Siapakah pemain baharu yang bakal dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini? Sama-sama kita nantikan.
Baca artikel lain mengenai Hariss Harun melalui pautan dibawah.
Hariss Harun Beri Bayangan Bakal Tinggalkan Johor Darul Ta’zim?