Skuad Harimau Malaya dilaporkan bakal berdepan salah satu pasukan dari benua Afrika dalam satu perlawanan persahabatan pada jendela FIFA September nanti.
Baca Juga:
- TERKINI: Malaysia Lawan China September Ini
- Piala Asia 2023: Kim Pan-Gon Idam Mara Ke Pusingan 16
- Ceroboh Bilik Hotel Diduduki Isteri Orang, Bekas Pemain Harimau Malaya Ditahan
Beredar di laman media sosial ketika ini mengenai pasukan kedua yang bakal menjadi lawan pasukan negara pada September ini yang mana Malaysia akan turun menentang pasukan China pada aksi pertama.
Sebelum ini, Taiwan menjadi calon untuk perlawanan kedua skuad Harimau Malaya namun terdapat juga laporan salah sebuah pasukan dari negara Afrika sedang dipertimbangkan.
🗓 INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH
Sep | China 🇨🇳 🆚 🇲🇾 Malaysia
Malaysia National Team will play 2 away matches on FIFA Day in September. China is their first confirmed opponent .
Another rival of Malaysia in September is being negotiated is Chinese Taipei.#FAM pic.twitter.com/USg0Zkr2ve
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 24, 2023
Nama negara dari benua Afrika itu masih menjadi tanda tanya namun menurut makkumat yang kami terima, negara tersebut pernah beraksi dalam temasya Piala Dunia 2018 di Rusia.
Pada jendela FIFA bulan ini, Malaysia berjaya meraih dua kemenangan ketika berdepan Solomon Islands dan juga Papua New Guinea.
Skuad bimbingan Kim Pan-gon mencipta kemenangan 4-1 ke atas Solomon Islands hasil jaringan daripada Paulo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck.
Pada perlawanan kedua, Malaysia mengadakan kenduri gol dengan mencatat kemenangan 10-0 ke atas Papua New Guinea.
Sepuluh gol pasukan negara dijaringkan oleh Safawi Rasid, Paulo Josue (3), Arif Aiman (4), Faisal Halim dan Daniel Ting.
Dua kemenangan ini membolehkan skuad kebangsaan menghuni tangga ke-137 dalam ranking FIFA, naik satu anak tangga berbanding sebelum ini.