Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan senarai penuh kelab-kelab yang telah berjaya lulus pelesenan AFC bagi menghadapi saingan AFC Cup dan AFC Champions League (ACL) musim 2023/2024.

Berdasarkan senarai itu, kelab dari Myanmar paling banyak lulus pelesenan AFC berbanding negara lain di Asia Tenggara dan semua pasukan ini layak beraksi di ACL.

Malaysia pula merupakan negara keempat paling banyak lulus pelesenan AFC tanpa syarat.

Daripada 11 pasukan yang memohon, hanya 7 kelab Liga Super sahaja lulus perlesenan AFC iaitu JDT, Selangor, Kedah, Terengganu, Sabah, KL City, dan Penang.

Difahamkan 3 pasukan Liga Super tidak memohon lesen AFC tersebut.

Pada musim 2023/2024, JDT selaku juara Liga Super 2022 akan beraksi dalam saingan ACL manakala Terengganu dan Sabah mewakili Malaysia dalam saingan AFC Cup.

Dalam usaha pasukan diberikan lesen, mereka harus dinilai dan mematuhi enam kriteria utama, iaitu: Sporting, Infrastruktur, Personal & Pentadbiran, Undang-undang, Kewangan dan Perniagaan yang dinyatakan dalam MFL Club Licensing Regulations Edition 2021.

Lesen AFC diberikan hanya berlaku untuk satu musim, jika ada kelab yang didapati melanggar peraturan atau atau mana-mana syarat untuk pengeluaran lesen tidak lagi dipenuhi, lesen mereka boleh ditarik balik.

Secara keseluruhannya di Asia, Uzbekistan mendahului kedudukan ditempat pertama apabila 17 buah kelab mereka menerima kelulusan pelesenan AFC tanpa syarat.

Manakala Qatar muncul tempat kedua apabila sebanyak 15 kelab mereka menerima pelesenan AFC daripada 17 kelab yang memohon.

Senarai penuh kelab-kelab Asia yang diberikan lesen beraksi dalam saingan ACL musim 2023/2024 boleh dilihat menerusi laman web rasmi AFC.