Setelah lima musim beraksi bersama Felda United, pemain sayap skuad kebangsaan, Hadin Azman akhirnya berpisah bersama The Fighters dan bakal beraksi bersama pasukan baharu musim hadapan.

Perpisahan Hadin bersama Felda ini diumumkan oleh pemain itu sendiri menerusi satu post di laman media sosial Instagram milik beliau. Dalam post tersebut, Hadin mengucapkan terima kasih semua pihak yang memberikan sokongan sepanjang menyarung jersi pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/B4o2ZVvHutk/?igshid=1lsjcivxt8w86

“Perjalanan saya bersama Felda United telah sampai di penghujungnya. Terima kasih kepada pihak pengurusan, staf kejurulatihan, rakan sepasukan, peminat dan semua orang yang terlibat ketika saya beraksi di Felda.

“Saya bangga menyarung jersi Felda dan saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Hadin.

Sepanjang beraksi bersama juara Liga Perdana 2018 itu, pemain berusia 25 tahun ini menampilkan prestasi yang memberangsangkan dimana beliau dipanggil untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan serta diangkat sebagai ketua pasukan apabila Shukor Adan meninggalkan pasukan musim ini.

Hadin
Sumber Gambar: Goal.com

Masih tidak diketahui pasukan mana yang akan disertai oleh Hadin musim hadapan namun khabar angin bertiup kencang ketika ini dimana salah sebuah pasukan Lembah Klang menjadi destinasi baharu untuk pemain yang pernah menabur bakti bersama Johor Darul Ta’zim itu.

Baca artikel lain mengenai Hadin Azman yang telah kami sediakan di sini:

Akhyar Rashid Dan Hadin Azman Bersaing Bagi Gantikan Mohamadou Sumareh

Tan Cheng Hoe Panggil 25 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan