Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menegaskan beliau tidak mahu terburu-buru untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Hadi menegaskan beliau mahu mengambil langkah demi langkah bagi memastikan lututnya berada dalam keadaan terbaik sekaligus kembali beraksi bersama Azul Claro Numazu dalam saingan J3.
Hadi Fayyadh belum sedia pulang ke Malaysia, beri bayangan terus kekal di Jepun untuk tahun keempatnya tahun depan dan harap dapat buat debut bersama Azul Claro Numazu seawal Oktober ini sejurus pulih daripada kecederaan ACL. pic.twitter.com/NPUMOKgJGd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 11, 2021
“Saya sememangnya tak sabar dan teruja untuk kembali bersama pasukan dan menyertai sesi latihan penuh. Tapi yang paling penting bagi saya ialah langkah demi langkah kerana hanya masa boleh pulihkan lutut saya.
“Selain itu, cara pemakanan, tempoh rehat dan tidur yang secukupnya. Jadi saya tidak mahu terburu-buru dan saya mahu pulih sepenuhnya,” kata Hadi Fayyadh.
Pemain yang sudah berkelana ke Jepun selama 3 tahun itu telah mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac 2021 yang lalu ketika menjalani sesi latihan bersama Azul Claro.
Hadi kemudiannya dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses rehabilitation dan kini beliau sudah pun hampir pulih sepenuhnya.
Kontrak pinjaman Hadi bersama Azul Claro adalah selama 1 musim dan akan tamat pada hujung tahun 2021 ini. Sekiranya tidak dilanjutkan, beliau akan kembali ke Fagiano Okayama bagi meneruskan misi mencari tempat dalam aksi bola sepak Jepun.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Undian Semula Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Kekal Dalam Kumpulan J