Pemain tengah skuad kebangsaan Jepun, Gaku Shibasaki kekal beraksi di Sepanyol apabila sah menyertai kelab yang bersaing di divisyen kedua, Segunda Division iaitu CD Leganés.
Setelah semusim beraksi bersama Deportivo La Coruna, Shibasaki menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Leganés yang mana turut menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu kembali beraksi di bawah bimbingan Jose Luis Marti.
Jose Luis Marti merupakan pengurus yang membawa Shibasaki ke Sepanyol dari Kashima Antlers sewaktu bergelar pengendali Tenerife pada 2017 lalu.
Deportivo tersingkir ke divisyen ketiga musim hadapan sekaligus memaksa Gaku Shibasaki berhijrah ke pasukan lain bagi saingan musim 2020/2021.
Pemain yang mempunyai 45 penampilan bersama The Samurai Blues ini menerima tawaran dari Leganés dimana kelab itu mahu kembali ke saingan La Liga.
Dalam saingan musim 2019/2020, Leganés berada di tangga ke-18 sekaligus tersingkir ke Segunda Division musim hadapan.
Baca artikel lain mengenai pemain Jepun yang beraksi di Eropah di sini:
Takefusa Kubo Sertai Villarreal Secara Pinjaman, Bakal Isi ‘Lompong’ Yang Ditinggalkan Santi Cazorla
Penjaga Gol Kacukan Jepun-Perancis Ini Percaya The Samurai Blue Mampu Juarai Piala Dunia 2022