Itu tunggakan gaji kembali melanda pasukan Melaka United apabila pemain skuad utama dan juga skuad Piala Presiden pasukan itu dikhabarkan sudah dua bulan tidak menerima bayaran gaji.
Pengguna media sosial Twitter, @GosipLigaM mendedahkan beberapa pemain skuad Piala Presiden Melaka mengutarakan kekecewaan mereka menerusi Instagram Story dengan memberi bayangan mereka sudah dua bulan tidak dibayar gaji.
Para pemain Piala Presiden Melaka mula menyatakan rasa resah dan kecewa di laman sosial mereka apabila tidak menerima sebarang gaji selama dua bulan. Bagaimana nasib anak muda ini untuk menempuh bulan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba? Dimanakah keadilan bagi mereka? pic.twitter.com/KOSosDqwHW
— Gosip Liga M (@GosipLigaM) May 9, 2019
Selain pendedahan yang dilakukan oleh pemain skuad Piala Presiden, isu mengenai tunggakan gaji yang sedang dihadapi oleh Melaka ini semakin diperkuat dengan perpindahan pemain import, Darko Markovic yang menyertai pasukan Kuala Lumpur.
Darkovic mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak beliau bersama Melaka dan memilih untuk menyertai skuad ibu kota. Namun, ramai pihak beranggapan Darkovic meninggalkan Melaka kerana pasukan itu gagal untuk menjelaskan bayaran gaji beliau.
Selamat Datang Darko Markovic !! #Darkosampaimatikualalumpur
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur secara rasminya menandatangani bekas pemain Melaka United, Darko Markovic bagi memperkasakan pasukan Kuala Lumpur. pic.twitter.com/9XpPTavvuy
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) May 9, 2019
Ini bukan kali pertama Melaka United berdepan dengan masalah gaji pemain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Pada awal, perkara sama turut terjadi sekaligus merencatkan prestasi pasukan.
Apa yang pasti, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) perlu segera menyelesaikan kemelut yang berlaku agar ianya tidak menggangu fokus pemain dan juga pasukan.