Bekas pemain Manchester City, Ferran Torres tahu cara mengalahkan Manchester United.

Baca Juga:

Dan dia telah berkongsi tips dengan kem Barcelona menjelang aksi antara 2 pasukan tersebut awal pagi esok waktu Malaysia.

Pengalamannya ketika di England bersama dengan Manchester City membuatkan Ferran Torres tahu cara untuk menang di Old Trafford.

Barcelona sebelum ini terikat dengan Manchester United dua sama di Nou Camp.

Dengan misi harus diselesaikan malam ini untuk menentukan pasukan yang akan beraksi di pusingan kalah mati yang seterusnya.

Ferran Torres ada cara untuk mengalahkan Manchester United. Pada masa yang sama mengingatkan pemain pemain lain betapa sukarnya untuk menentang Man United di Old Trafford.

Beliau berkata: “Untuk mengalahkan Man United, kami harus berlari seperti tiada esok.”

“Perlu memiliki penguasaan bola dan tahu cara menderita kerana Old Trafford akan mendesak kamu berterusan,” kata beliau merujuk kepada atmosfera Old Trafford yang akan membantu menaikkan semangat pasukan Red Devils.

Ferran Torres menambah: “Perlawanan ini adalah pertarungan menguji kesabaran dan menguji tahap kemampuan untuk menderita.”

“Mereka dalam prestasi yang terbaik ketika ini, kamu harus tengok sahaja prestasi semasa Rashford, namun kami adalah Barca.”

“Pasukan EPL, mereka bermain di liga yang sangat fizikal. Itu benar. Namun kami ada ramai pemain berbakat – ini juga penting.”

“Kami akan pergi ke sana memberikan segalanya. Dan paling penting, melakukannya dengan pemain pemain muda yang sedia menakluk dunia.”

Manchester United hadir ke perlawanan ini selepas kemenangan 3-0 ke atas Leicester.

Prestasi Marcus Rashford ketika ini benar benar luar biasa. Dan tidak mampu dihentikan.

Sementara itu, Xavi turut menggesa dan mengingatkan anak anak buahnya agar tidak kecut atau gerun dengan atmosfera di Old Trafford.

Xavi yakin mereka mampu mengendalikan tekanan beraksi di stadium keramat itu kerana mereka turut beraksi di Bernabeu ketika di Sepanyol, yang menjadi kubu kuat musuh tradisi mereka, Real Madrid.