Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memperkenalkan sistem jualan tiket berperingkat mengikut status pasukan bermula saingan Liga Malaysia musim 2020.
Pada pengumuman yang dibuat oleh persatuan tersebut di laman media sosial rasmi pasukan, ada dua peringkat yang dikenali dengan Tier 1 dan Tier 2 dimana pasukan serta harga bagi kedua-dua peringkat ini berbeza.
SISTEM HARGA TIKET BERPERINGKAT (TIERED)
Adalah dimaklumkan bahawa harga tiket bagi perlawanan Tier 1 menentang Johor DT, Kedah, Perak, Pahang & Terengganu adalah sebanyak RM20 (kategori terbuka) & untuk semua perlawanan menentang pasukan lain adalah sebanyak RM15 sahaja. pic.twitter.com/4L3PCzkzHt
— Selangor FC (@selangorfc) January 26, 2020
Tier 1 dihuni oleh pasukan yang sebelum ini pernah memenangi kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta’zim, Perak, Pahang, Terengganu FC dan Kedah. Harga tiket yang dikenakan kepada penyokong ialah sebesar RM20.
Tier 2 pula diisi oleh baki enam pasukan Liga Super yang lain seperti Melaka United, PDRM, UiTM FC, Petaling Jaya City FC, Sabah dan Felda United. Harga tiket yang dikenakan pula sebesar RM15.
Perlawanan suku akhir & separuh akhir untuk Piala FA & Piala Malaysia juga akan dikira sebagai perlawanan Tier 1 dan dikenakan harga tiket sebanyak RM20.
Harga tiket kanak-kanak (6-12 tahun) untuk perlawanan Tier 1 & Tier 2 pada musim 2020 pula dikekalkan pada harga RM5.
— Selangor FC (@selangorfc) January 26, 2020
Status berperingkat ini bukan sahaja dikenakan dalam saingan Liga Super malah ianya turut dikenakan dalam saingan Piala FA serta Piala Malaysia.
Oleh itu, FAS menasihatkan agar peminat setia pasukan untuk mendapatkan pas bermusim yang dianggap boleh membantu penyokong untuk berjimat.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
TERKINI: Selangor Batal Sertai Kejohanan Jemputan Meizhou Hakka Cup Di China
Gandingan Brendan Gan Dan Sandro Mampu Jadi Senjata Utama Bagi Selangor
FAS Utamakan Pemain Selangor II Bagi Gantikan Rufino Segovia Dan Nor Hakim Hassan