Bekas penjaga gol pasukan TRW Kelantan, Farham Abu Bakar terus melondehkan pasukan itu dengan pendedahan mengenai isu tunggakan gaji dengan pengurusan pasukan.
Baca Juga:
- ZamSaham: Nak Gaji Penuh? Sila Berikan Dua Kemenangan Dahulu
- Kelantan Tekad Tewaskan Kedah Untuk Dapatkan Gaji Penuh
- Zamsaham Tanya Peminat Pemain JDT Yang Sesuai Bagi TRW Kelantan
Dalam satu wawancara baru-baru ini, Farhan memberitahu perkara yang terjadi mengenai situasinya dengan Kelantan dan menyifatkan pengurusan pasukan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Jadi bila saya hubungi bahagian kewangan pasukan, mereka boleh pula suruh saya mohon wang pendahuluan, sedangkan yang saya minta itu gaji saya.
“Itu baru cerita pasal diri saya, belum lagi pemain-pemain lain. Saya boleh cakap, tak ada satu pun benda baik yang saya boleh kongsi pasal pengurusan.
“Dia seolah tak ada berperikemanusiaan. Ada juga pasukan lain yang saya main sebelum ini berdepan masalah gaji tetapi mereka ada sikap perikemanusiaan,” kata Farhan Abu Bakar menurut laporan Berita Harian.
Sebelum ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan salah seorang dari pihak pengurusan menghamburkan kata-kata kesat terhadap salah seorang bekas pemain atau pegawai pasukan yang meminta gaji mereka.
Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham akan mengadakan sesi soal jawab bersama peminat pada Sabtu ini di Kota Bharu sekaligus beliau bakal menjelaskan segala krisis yang berlaku ketika ini.