Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney mengenai kontrak lanjutan jurulatih dari Australia itu.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana badan induk itu menganggap Brad telah menepati Key Performance Index (KPI) yang telah ditetapkan kepada jurulatih itu sejak menggalas tugas sebagai pengendali.
Jurulatih B22 negara Brad Maloney capai KPI dan FAM akan mengadakan perbincangan bersama mengenai lanjutan kontrak serta perancangan tahun depan yang padat dengan Sukan Sea, Sukan Asia dan Piala Asia B23 dalam masa terdekat.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 15, 2021
Baru-baru ini, Brad berjaya membawa skuad B-22 tahun negara layak ke saingan AFC B-23 Tahun yang akan diadakan di Uzbekistan pada tahun 2022 nanti.
Pasukan negara berjaya meraih dua kemenangan ke atas Laos dan Mongolia selain meraih keputusan seri ketika menentang Thailand sekaligus muncul sebagai juara kumpulan J dan meraih slot automatik dalam saingan tahun hadapan.
Tahun 2022 menjadi tahun yang padat bagi skuad B-22 tahun negara kerana perlu menghadapi temasya seperti Sukan SEA di Vietnam, temasya Sukan Asia di Hangzhou dan saingan AFC B-23 tahun.
Selain itu, FAM juga akan membentuk pasukan yang akan menghadapi saingan kelayakan AFC B-17 Tahun yang akan berlangsung pada bulan Oktober tahun hadapan. Barisan pemain yang akan dipilihan berdasarkan pemain yang lahir pada tahun 2006.
“Pusingan akhir saingan AFC B-17 tahun akan berlangsung di Bahrain pada 2023 dan temasya itu menawarkan tiket untuk beraksi di temasya Piala Dunia B-17 di Peru pada tahun yang sama.
“Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi destinasi yang ideal untuk menjalankan kem latihan pusat pada April nanti sebagai persediaan menghadapi saingan peringkat kelayakan,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Harimau Malaya Diberi Sasaran Layak Ke Final Piala Suzuki AFF 2020
Piala Suzuki AFF 2020: Malaysia Hanya Bawa 24 Pemain Ke Singapura
Safiq Rahim Dan Safee Sali Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Dalam Sejarah Piala AFF