Rekod cemerlang Tottenham Hotspur yang mencipta 3 kemenangan berturut turut akhirnya musnah di tangan Crystal Palace.
Skuad bimbingan Nuno Espirito tewas 3-0 di tangan Crystal Palace, dalam aksi yang berlangsung di Selhurst Park.
Crystal Palace menjaringkan 3 gol dalam 16 minit terakhir perlawanan.
Spurs terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-58 selepas Japhet Tanganga dibuang padang.
Pemain tersebut gagal mengawal emosinya dalam insiden panas dengan Zaha. Pada awalnya.
Tanganga diberikan kad kuning pertama pada minit ke-53 selepas bergelut dengan Zaha. Dan lima minit kemudian diberikan kad kuning kedua kerana membentes Ayew.
4m 48s – There were only four minutes and 48 seconds between Japhet Tanganga's first and second yellow cards against Crystal Palace. Lunge. pic.twitter.com/yiI4MBTAxO
— OptaJoe (@OptaJoe) September 11, 2021
Palace kemudian di hadapan menerusi sepakan penalti Zaha minit ke-74, selepas Davies tertampan bola terkena tangannya dalam kotak penalti.
Pada minit ke-84, Odsonne Edouard dimasukkan untuk debut beliau. Dan terus menjaringkan gol hanya 20 saat sahaja selepas dimasukkan.
Edward kemudian menjaringkan gol kedua peribadi untuk melengkapkan debut impiannya pada masa kecederaan,
Secara keseluruhan Palace melakukan 18 percubaan dan 4 tepat. Prestasi Spurs sangat parah dengan 2 sahaja percubaan dengan 1 tepat.
Lebih perit buat Spurs apabila kekalahan ini adalah di tangan legenda Arsenal, Patrick Vieira yang menjadi pengurus Palace.
2 – Odsonne Édouard is the first player to score a brace on his Premier League debut as a substitute since Sergio Agüero for Manchester City in August 2011 (v Swansea City). Dream. pic.twitter.com/Yrq6qRxTbM
— OptaJoe (@OptaJoe) September 11, 2021