Penyerang sensasi Leicester City, Jamie Vardy benar-benar menjadi igauan ngeri pertahanan Man City semalam.

Dan beliau sudah menghantui pasukan big six sekian lama. Cuma selepas hatrik ke atas City semalam, pasukan Manchester biru itu menjadi pasukan kedua paling banyak dibantai Vardy dari kalangan big six.

https://twitter.com/11xOnze/status/1310263157370294273

Riyad Mahrez berjaya meletakkan Man City di hadapan seawal minit keempat. Menerusi satu separa voli yang sangat cantik.

Walaubagaimanapun, Leicester berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37 menerusi penalti.

Penalti tersebut diberikan pengadil setelah Kyle Walke menjatuhkan Jamie Vardy dalam kotak penalti.

Vardy yang sebelum ini sudah menjaringkan 2 gol penalti dalam EPL musim ini menambah satu lagi koleksi gol – juga dengan penalti.

Kedua dua pasukan masuk ke bilik rehat dengan terikat 1-1.

Pada separuh masa kedua, Leicester mengganas dengan 4 lagi gol.

Jamie Vardy menjaringkan gol kedua pada minit ke-54. Berpunca daripada lorongan rendah Timothy Castagne, Vardy menyambar bola dengan flick cantik di near post.

https://twitter.com/i/status/1310258622744735744

Jamie Vardy sendiri menyatakan kepada BBC dia tidak sendiri tak tahu nak menjelaskan gol itu macamana.

Pada minit ke-57, Leicester City menerima penalti sekali lagi,  juga sekali lagi Jamie Vardy dijatuhkan, Kali ini oleh Eric Garcia,

Vardy menewaskan Ederson kali kedua menerusi penalti dan ketiga dalam perlawanan ini.

Vardy menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik ke atas pasukan Guardiola sejak 2016, dan ketika itu beliau sendiri yang melakukannya.

Selain Vardy, hanya Lionel Messi yang mampu melakukan perkara yang serupa ke atas pasukan Guardiola.

Selain itu, Vardy menjadi pemain pertama memenangi 2 penalti dan menjaringkan kesemuanya dalam satu perlawanan liga sejak Milan Baros pada 2004.

James Maddison menambah penderitaan Manchester City pada minit ke-77.  Ini apabila beliau melakukan satu rembatan lencong cantik yang melemaskan Ederson.

Nathan Ake memberikan sedikit harapan buat Man City dengan gol kedua pasukan tuan rumah. Ake membuka akaun gol dengan tandukan cantik.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-88 minit, Leicester City mendapat satu lagi gol menerusi penalti oleh Youri Tielmans.

Ianya selepas Mendy menjatuhkan Maddison di dalam kotak penalti.

Tamat perlawanan, Leicester menang  5-2 dan berada di kedudukan teratas liga.

Ini kekalahan pertama Pep Guardiola di kandang sendiri dengan bolos sebanyak 5 gol di dalam kariernya sebagai pengurus.

Baca juga perkembangan lain

Bundesliga: Hoffenheim Bantai Bayern 4-1 Dan Tamatkan Rekod Tanpa Kalah 32 Perlawanan

Mourinho Kecewa Dengan VAR: “Baik Berikan Wang Saya Kepada Kebajikan Berbanding FA”

Gol Penalti Selepas Wisel Penamat United Adalah Sah! Ini Penjelassannya