Manchester City dan Liverpool sama sama hebat dalam aksi di Etihad.
Kedua dua pasukan menunjukkan aksi bola sepak kelas tersendiri.
Manchester City terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-5, menerusi Kevin De Bruyne. Di mana rembatannya terbias pada kaki Joel Matip.
Sebelum itu Manchester City melakukan ancaman awal menerusi situasi 1 lawan 1. Malangnya Sterling gagal menyempurnakan peluang terbaik.
Namun gol itu tak bertahan lama apabila Diego Jota menyamakan kedudukan pada minit ke-13. Ianya selepas berlaku keadaan kucar kacir di hadapan gawang City.
Sebelum rehat Manchester City sekali lagi di depan. Kali ini menerusi Gabriel Jesus.
Jesus berjaya mengatasi perangkap ofsaid dan dengan tenang menewaskan Alison.
Separuh masa pertama berakhir dengan 2-1 memihak tuan rumah.
Pada separuh masa kedua, Liverpool mengubah rentak permainan dengan lebih teratur. Hasilnya, Sadio Mane berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46.
Ianya berpunca daripada hantaran Mohamed Salah.
Pada separuh masa kedua Manchester City menyaksikan satu gol mereka ditarik balik oleh VAR melibatkan Raheem Sterling.
Kedua dua pasukan kemudian saling berbalas serangan.
Pada minit akhir perlawanan, Riyad Mahrez memiliki peluang keemasan untuk menjadi penjaring kemenangan. Malangnya, chip beliau tersasar.