Liverpool seri 3-3 di Anfield ketika melayan kunjungan Brighton. Dengan Trossard mencetak hatrik.

Baca Juga:

Liverpool meneruskan permulaan yang tidak baik musim ini. Mencatatkan seri keempat mereka.

Liverpool memulakan perlawanan dengan sangat teruk. Ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi gol oleh Trossard. Pemain itu memperdaya Trent Alexander Arnold dan menewaskan Alisson.

Trossard kemudian menjaringkan gol kedua pada minit ke-17. Di mana kesilapan Trent Alexander Arnold terlepas bola di kawasan sendiri terus dihukum.

Liverpool menjaringkan gol pertama, setelah dia memberikan reaksi segera ke atas bola dari kaki Salah.

Klopp memasukkan Luis Diaz pada separuh masa kedua. Pemain Colombia itu berjaya mencipta gol kepada Firmino untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-54.

Tidak lama kemudian, Liverpool di hadapan menerusi gol sendiri oleh Webster hasil hantaran oleh Trent Alexander Arnold pada minit ke-63.

Ketika Liverpool dalam kedudukan 3 mata, mereka keciciran 2 mata sekali lagi. Ini selepas Trossard yang tidak dikawal di belakang gawang menyempurnakan hatriknya selepas Virgil Van Dijk gagal mengeluarkan bola.

Trent Alexander Arnold hampir meletakkan Liverpool di hadapan sekali lagi pada minit akhir perlawanan. Namun bola sepakan percumanya ditepis penjaga gol.

Tamat perlawanan, Liverpool seri 3-3 dan keciciran mata sekali lagi dengan keputusan yang menghampakan.

Membuatkan impian mereka untuk mencabar kejuaraan semakin jauh. Dan fokus kini lebih kepada usaha untuk mendapatkan 4 teratas. Daripada 7 perlawanan pertama, Liverpool cuma menang 2 kali, seri 4 kali dan kalah sekali.