Liverpool memerlukan kebangkitan 3 gol pada separuh masa kedua selepas ketinggalan awal separuh masa kedua.
Berlangsung di Anfield, Liverpool masih segar dengan kemenangan ke atas Inter Milan dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
Norwich memulakan perlawanan dengan sangat baik dan agresif. Ternyata mereka menggunakan kelebihan rehat lebih banyak dengan sebaiknya.
Liverpool sepatutnya di hadapan menerusi Kostas Tsimikas, namun dia mempersiakan peluang depan gol ketika menerima hantaran Mohamed Salah.
Norwich turut memiliki peluang keemasan menerusi Teemu Pukki dengan situasi 1 lawan 1 dengan Alisson. Malangnya, pemain antarabangsa Finland itu tidak memiliki sentuhan magis seperti beliau beberapa musim lalu.
Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, Liverpool dikejutkan oleh Norwich dengan gol oleh Rashica, hanya selepas 3 minit perlawanan disambung semula.
Rashica melakukan rembatan yang terbias pada kaki Joel Matip dan Alisson tidak berdaya untuk menghentikan bola tersebut.
Tersentak dengan gol itu, Liverpool akhirnya beraksi lebih kemas. Norwich cuba bertahan dengan sistem defensif 9 atau 10 pemain di belakang bola.
Namun kelekaan Norwich dihukum oleh Sadio Mane yang melakukan gol daripada libasan gunting depan penjaga gol.
3 minit kemudian, Mohamed Salah meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi gol leret dengan kaki kanan.
Kredit kepada Alisson yang melakukan sepakan terus ke Mohamed Salah dan pemain antarabangsa Mesir itu menambah satu lagi gol beliau musim ini. Liverpool 2-1 pada minit ke-67.
👑 @MoSalah's next assist will see him register 10+ goals and assists in a season for the third time in a #PL campaign#LIVNOR pic.twitter.com/wy1kzriJZg
— Premier League (@premierleague) February 19, 2022
Mohamed Salah menjadi pemain Liverpool ke-10, menjaringkan 150 gol untuk kelab itu dalam semua pertandingan. Dan menjadi pemain kedua terpantas mencapai angka itu selepas Roger Hunt.
150 – @MoSalah is the 10th player to score 150 goals in all competitions for @LFC, and the second-quickest to reach this total for the club (233 apps) after Roger Hunt (226 apps). Statue. pic.twitter.com/nFo0ZRcAAm
— OptaJoe (@OptaJoe) February 19, 2022
Ketika Norwich menambah pemain di unit serangan, Liverpool menghukum mereka sekali lagi. Kali ini Luis Diaz menyempurnakan killer pass Henderson dengan gol sungkitan pada minit ke-81.
YESSSSSS LUISSSS!!!!!!!! pic.twitter.com/oLgEdvXCHM
— Liverpool FC (@LFC) February 19, 2022
Tanat perlawanan, Liverpool 3 Norwich 1.