Arsenal melakukan kebangkitan dan menang dengan dramatik dalam aksi berdepan dengan Wolves untuk memastikan mereka kini berada dalam ‘driving seat’ bagi perebutan 4 teratas.
Ini kerana dengan kemenangan ini Arsenal kini cuma 1 mata di belakang Manchester United. Dengan Arsenal masih ada 2 perlawanan dalam tangan berbanding dengan Red Devils.
Pasukan bimbingan Mikel Arteta ketinggalan awal, minit ke-10 menerusi gol oleh Hwang Hee-Chan. Sebelum itu gol oleh Romain Saiss dibatalkan kerana ofsaid.
Pemain gantian, Nicolas Pepe menyamakan kedudukan pada minit ke-82. Dan kemudian penjaga gol Wolves dengan malangnya tertampan gol ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan Alexandre Lacazette pada saat saat akhir sebelum wisel penamat dibunyikan – pada masa kecederaan 90+5.
Ianya merupakan kemenangan paling lewat dicatatkan Arsenal sejak 2017 di mana Alexis Sanchez melakukan jaringan pada minit ke 90+8.
90+ – José Sá’s own goal (94:56) was Arsenal’s latest winning goal in a Premier League game since January 2017 when Alexis Sánchez netted from the penalty spot against Burnley after 97 minutes and 14 seconds. Scenes. pic.twitter.com/Ev9Gg6Et64
— OptaJoe (@OptaJoe) February 24, 2022
Arsenal kini menang dalam 3 perlawanan berturut turut dalam EPL. Membolehkan mereka terus berada dalam kedudukan terbaik untuk kembali semula ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Sejak September 2021, Arsenal menang 14 perlawanan liga, mengatasi Liverpool dan Manchester City. Satu kebangkitan yang sangat baik selepas kekalahan 3 perlawanan pertama mereka pada awal musim – yang dianggap permulaan terburuk The Gunners dalam 67 tahun.
Wolves sekali lagi gagal menewaskan Arsenal, dan kekal di tangga ketujuh. Kekalahan ini selepas kekalahan 0-1 Wolves di Molineux di tangan Arsenal. Di mana selepas tamat perlawanan Ruben Neves mengejutkan ramai pihak apabila mengkritik Arsenal meraikan kemenangan seolah olah sudah menang EPL.
Berbeza dengan Bruno Lage yang kali ini menyatakan bahawa Arsenal berhak meraikan kemenangan mereka. Menurut Lage: “Bola sepak memang begitu, tentang meraikan gol. Apabila kamu menang pada minit minit akhir, kamu harus meraikannya dengan cara terbaik yang kamu boleh, kerana sangat sukar memenangi perlawanan dalam Liga Perdana. Bagi saya, tiada masalah.”
Bruno Lage on Arsenal's celebrations:
"Football is about that, about celebrating goals. When you win in the last minute you need to celebrate in the best way you can, because it's very hard to win games in the Premier League. For me, it's not a problem." pic.twitter.com/q6UaYbeXJo
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) February 24, 2022