Manchester City menjamu kunjungan Chelsea dalam aksi antara dua pasukan teratas dalam carta liga.

Skuad Pep Guardiola cemerlang mengutip 3 mata ke atas Chelsea untuk melebarkan jurang mata di puncak liga sebanyak 13 mata jauhnya.

Chelsea mempersia siakan peluang terbaik mereka untuk merapatkan jurang mata kepada 7 mata dalam persaingan liga.

Gol tunggal oleh Kevin De Bruyne pada minit ke-70 sudah cukup untuk memastikan City menang tipis ke atas Chelsea dalam pertarungan yang agak sukar untuk City.

Kevin De Bruyne ternyata menghantui kelab lamanya itu sekali lagi dengan rembatan lencong yang tak mampu dijangkau oleh Kepa Arrizabalaga.

Sejak dari awal perlawanan lagi Man City mendominasi perlawanan. Namun Chelsea menunjukkan aksi bertahan yang ampuh.

Kedua dua pasukan bergelut dengan kualiti penyerang di hadapan gol. City mencipta lebih banyak peluang gol. Chelsea turut mencipta beberapa peluang keemasan namun Lukaku dan rakan rakannya tidak dapat menewaskan Ederson.

Peluang terbaik Chelsea hadir pada separuh masa kedua menerusi Lukaku yang dalam situasi 1 lawan 1 dengan Ederson, namun penyerang antarabangsa Belgium itu tak dapat menyempurnakan peluang tersebut.

Lukaku ternyata masih mencari sentuhan berbisanya di hadapan gol. Berdepan dengan kesukaran sepanjang perlawanan.

Jack Grealish turut mempersiakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

City kini meneruskan rentak kemenangan kepada 12 perlawanan berturut turut dalam aksi liga.

Semakin jauh menjarakkan diri dengan Chelsea dan juga Liverpool.

Thomas Tuchel pastinya tidak berpuas hati dengan barisan serangannya yang hanya melakukan 4 sahaja percubaan dan hanya 1 sahaja tepat.

Berbanding City yang melakukan 11 percubaan dan 6 percubaan tepat.

City menguasai 56% perlawanan berbanding 44% sahaja oleh Chelsea. Ini merupakan kekalahan ketiga Chelsea dalam liga musim ini, dan kemenangan ke-18 Man City selepas 22 perlawanan.

Sukar untuk mana mana pasukan menghentikan Man City daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.