Chelsea menang 1-0 ke atas Newcastle United hasil jaringan cemerlang Kai Havertz pada minit minit akhir perlawanan.
Chelsea have now won each of their last six games across all competitions at Stamford Bridge:
◉ 14 goals scored
◉ 4 clean sheets
◉ 2 goals concededAnd they've ended Newcastle's nine game unbeaten run in the Premier League. 💪 pic.twitter.com/kYaC1UmJ82
— Squawka (@Squawka) March 13, 2022
Separuh masa pertama adalah 45 minit yang tidak begitu banyak aksi disajikan oleh Chelsea. Dengan The Blues mengasak ke hadapan, tetapi tidak dapat benar-benar menguji pertahanan Magpies.
Bagaimanapun, Havertz meneruskan prestasi cemerlangnya sejak beberapa minggu ini untuk menghasilkan momen berkualiti yang menakjubkan untuk memastikan kemenangan besar buat pasukannya di tengah-tengah masa yang sukar di luar padang.
Thomas Tuchel memilih pertahanan dengan empat pemain menentang Magpies, dengan Malang Sarr di bek kiri dan Trevoh Chalobah di bek kanan.
Havertz, Timo Werner dan Hakim Ziyech berada di rangkaian serangan Chelsea.
Tuan rumah mendapat peluang pertama permainan apabila rembatan Andreas Christensen dari jarak jauh melepasi palang gol.
Sejak wisel permulaan, Chelsea menikmati penguasaan bola lebih tinggi. Kante beraksi dengan baik di bahagian tengah, menggunakan kebolehan bentesannya yang hebat untuk memenangi bola kembali.
Bagaimanapun, kedua-dua belah pasukan secara keseluruhannya kelihatan tidak begitu bagus dalam aksi bertahan, dengan pengadil David Coote terpaksa meniup wiselnya untuk kesalahan berkali-kali.
Jacob Murphy mendapat peluang pertama Newcastle dalam perlawanan itu, tetapi usahanya tinggi dan meliar ke tempat duduk penyokong.
The Magpies agak berani untuk menekan pertahanan Chelsea dan dapat memaksa beberapa kesilapan daripada tuan rumah.
Dan Burn turut mempunyai peluang besar untuk meletakkan Newcastle di hadapan tetapi tandukannya tersasar daripada tiang gol yang dikawal Edouard Mendy.
Havertz akhirnya menjadi wira Chelsea dengan gol lewat perlawanan. 3 mata berharga untuk Chelsea.
Kai Havertz’s six Premier League goals for Chelsea this season:
◉ Header
◉ Header
◉ Header
◉ Left-foot
◉ Left-foot
◉ Left-footThe next three may just be coming with his right. 😅 pic.twitter.com/4kKEKrcDOF
— Squawka (@Squawka) March 13, 2022
Havertz agak bernasib baik kerana tidak dibuang padang selepas kekasarannya disemak semula menerusi VAR.
Kai Havertz has now scored more goals for Chelsea since Thomas Tuchel took charge (14) than any other player at the club.
All hail King Kai. 👑 pic.twitter.com/0YPU1rSUXg
— William Hill (@WilliamHill) March 13, 2022
Mereka sekali lagi menunjukkan sikap profesional di atas padang walaupun tekanan kuat di luar padang selepas dikenakan pembekuan oleh kerajaan.
Chelsea menamatkan rekod tanpa kalah Newcastle dalam 9 perlawanan terakhir mereka.
Longest active unbeaten runs in the Premier League:
▪️ 9̶ ̶-̶ ̶N̶e̶w̶c̶a̶s̶t̶l̶e̶
▪️ 9 – Liverpool
▪️ 6 – Chelsea
▪️ 5 – ArsenalThe Blues bring the Magpies back down to earth. 👊 pic.twitter.com/gzwNeIQLwY
— William Hill (@WilliamHill) March 13, 2022