Liverpool turun dalam sepak mula awal Liga Perdana Inggeris pada Sabtu berdepan dengan Brighton.
Liverpool memulakan perlawanan dengan penuh cemas pada separuh masa pertama. Memberikan Brighton 3 peluang keemasan termasuk penalti.
Neco Williams menjatuhkan lawan dalam kotak penalti pada awal babak separuh masa pertama. Namun malang sekali Neal Maupay gagal menyempurnakan penalti tersebut yang meleret tak tepat.
Maupay kemudian dikeluarkan kerana kecederaan.
1998 – Neal Maupay is the first player to start a Premier League game, miss a penalty, and be subbed off before half-time since Dennis Bergkamp against Derby in April 1998. Unfortunate. #BHALIV pic.twitter.com/DZklmT86Ja
— OptaJoe (@OptaJoe) November 28, 2020
Pada akhir babak separuh masa pertama, Mohamed Salah menjaringkan gol untuk pasukannya namun VAR menarik semula gol itu kerana ofsaid.
Ofsaid tersebut sangat halus, dan tiada gol untuk Liverpool.
Salah has scored for Liverpool!
But his toe is offside 😳#BHALIV pic.twitter.com/YCJfCJtPEi
— GOAL (@goal) November 28, 2020
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Pada separuh masa kedua, Klopp memasukkan Jordan Henderson untuk memperbaiki taktikalnya.
Ternyata ia memberikan kesan yang positif. Di mana Liverpool beraksi lebih fluid.
Diogo Jota akhirnya meletakkan Liverpool di hadapan menerusi satu aksi licik mengacah pertahanan lawan.
Ianya gol kesembilan Diogo Jota musim ini untuk Liverpool.
9th goal of the season.
Diogo Jota delivers for Liverpool again! 💥 pic.twitter.com/dNFtLfAoHm
— B/R Football (@brfootball) November 28, 2020
Bekas bintang Liverpool, Adam Lallana dimasukkan pada minit ke-63. Namun kira kira 8 minit selepas itu terpaksa dikeluarkan semula kerana masalah kecederaan.
Liverpool turut meratapi satu lagi senarai kecederaan apabila James Milner juga terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
Pemain gantian, Sadio Mane menyumbat masuk bola menerusi tandukannya pada minit ke-84. Namun sekali lagi VAR membatalkan gol itu kerana Mane berada di kedudukan ofsaid.
Pengadil sekali lagi menyemak VAR akhir perlawanan untuk melihat sama ada Robertson melakukan kekasaran kepada Welbeck. Dan pengadil memberikannya.
Pascal Gross kali ini tidak melakukan kesilapan dengan menewaskan Alisson.
Liverpool gagal memastikan 3 mata dibawa pulang ke Anfield dan terus gagal mencipta kemenangan selepas kekalahan di tangan Atalanta dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
Baca juga perkembangan lain
Juventus Mahukan Van De Beek Kerana United Berterusan Meletakkannya Di Bangku Simpanan
Laporan ‘Scouting’ Barcelona Tentang Maradona Pada 1978 Yang Luar Biasa