Sebelum ini Man United merupakan pasukan paling tinggi perbelanjaan bersih dalam 5 tahun terakhir dan kini tidak lagi kerana mereka baru dipintas Arsenal.

Baca Juga:

Perbelanjaan bersih adalah melibatkan kos beli tolak kos jual pemain.

Data dikeluarkan pada 6 Julai 2023 mengambil kira perpindahan Declan Rice yang semakin hampir dimeterai. Seterusnya mereka dalam proses mendapatkan Jurrien Timber.

Arsenal kini menjadi raja dalam perbelanjaan bersih dengan catata £629.7 juta dalam 5 tahun terakhir.

Jadi benarlah kata Stan Kroenke sebelum ini, dia bukan pemilik yang kedekut seperti didakwa sesetengah penyokong. Sebaliknya dia sedia menyokong pengurus.

Di tangga kedua adalah Man United dengan £603.7 juta. United baru menambah Mason Mount dalam pasukan mereka.

Totteham di tempat ketiga dengan £509.9 juta. Mereka pasukan terakhir angka perbelanjaan bersih lebih setengah billion pound sterling. Agak malang mereka langsung tak memenangi sebarang trofi.

Di tangga keempat ialah Newcastle yang mulai berbelanja besar di bawah pemilikan Arab Saudi namun tidak menjual banyak. Mereka mencatatkan perbelanjaan bersih sekitar £396.9 juta. Dengan rekrut terbaru ialah Sandro Tonali dengan £60 juta.

Aston Villa membelanjakan £324.7 juta secara bersih dalam 5 musim terakhir. Di belakang Chelsea yang berada di tangga kelima dengan £391.3 juta.

Chelsea musim lalu membelanjakan sekitar £600 juta untuk membeli pemain. Namun mereka mengimbanginya dengan kebijaksanaan strategi penjualan pemain.

Liverpool hanya berada di tannga ke-7 dalam carta perbelanjaan bersih dengan £238.6 juta. Sementara pasukan paling banyak piala dalam 5 tahun terakhir ini iaitu Man City berada di tangga kesepuluh dengan £116.5 juta.

Haaland
Soccer Football – Champions League – Group G – Borussia Dortmund v Manchester City – Signal Iduna Park, Dortmund, Germany – October 25, 2022 Manchester City’s Erling Braut Haaland reacts after the match REUTERS/Wolfgang Rattay

Sebelum ini Ferran Soriano menyatakan pasukan Man City adalah pasukan paling berhemah dalam berbelanja dan menjaga perbelanjaan bersih mereka dalam 5 tahun terakhir ini. Maka dia ada data sokongan yang kuat.

Daripada 20 pasukan EPL yang ada sekarang ini, hanya Luton Town dan Brighton yang mencatakan perbelanjaan bersih negatif ataupun pendapatan lebih banyak daripada perbelanjaan.

Luton mencatatkan perbelanjaan bersih -£9.4 juta dan Brighton adalah pakar dalam penjualan pemain dalam 5 musim terakhir dengan -£56.6 juta.