Elanga pastikany skuad berbelanja besar Chelsea telan kekalahan kedua musim ini apabila tewas di tangan Nottingham Forest dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge.

Baca Juga:

Chelsea memiliki 21 percubaan ke arah gol namun sangat tumpul. Hanya 2 yang tepat ke sasaran tanpa satu pun yang masuk.

Bekas pemain Manchester United, Anthony Elanga berjaya menjaringkan gol kemenangan yang bersejarah untuk pasukannya pada awal separuh masa kedua.

Gol itu berpunca daripada kesilapan Enzo Fernandes dan Moises Caicedo yang cuba bermain fancy di tengah padang akhirnya hilang bola dan terus diserang pantas oleb Forest.

Pemain penyerang Chelsea Nicholas Jackson memiliki peluang terhidang di hadapan gol namun disia siakan begitu sahaja.

Elanga malah hampir menambah gol kedua pada masa kecederaan namun diselamatkan Robert Sanchez.

Mauricio Pochettino akhirnya akur bahawa Chelsea terpaksa telan kekalahan kedua musim ini kerana terus gagal untuk membalas gol Elanga itu.

Kekalahan kedua itu berlaku hanya selepas 4 perlawanan liga pada musim ini. Dengan Pochettino sebelum ini mensasarkan pasukan Chelsea mahu bergelar juara treble domestik.

Sebelum ini mereka kalah di tangan West Ham.

Kekalahan ini pastinya membuatkan penyokong Chelsea kurang senang dengan prestasi pasukan yang sudah membelanjakan lebih £1 billion dalam 2 musim jendela perpindahan setakat ini.

Namun harus diakui ini adalah pasukan yang memerlukan masa untuk dibentuk bagi memantapkan gandingan pemain pemain yang ada.