Marcus Rashford dan Phil Foden cemerlang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk memastikan kemaraan Three Lions.
Baca Juga:
- Belanda vs Qatar: Skuad Oranje Mudah Tumbangkan Tuan Rumah
- Ecuador vs Senegal: Gol Koulibaly Bawa Lions Of Teranga Ke Pusingan 16
- Brazil vs Switzerland: Gol Casemiro Bawa Skuad Samba Ke Pusingan 16
England menempah tempat dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 menentang Senegal setelah gol daripada Marcus Rashford dan Phil Foden menginspirasikan kemenangan 3-0 menentang Wales yang menyebabkan jiran mereka tersingkir daripada kejohanan.
Skuad kendalian Gareth Southgate mengesahkan status sebagai juara Kumpulan B dengan kemenangan berharga itu.
Rashford dan Foden dikembalikan semula ke dalam kesebelasan utama pasukan. Dan mereka membalasnya dengan gol gol berharga.
Your #ThreeLions team news is in! 📋 pic.twitter.com/CdisdXcSTv
— England (@England) November 29, 2022
Rashford malah terpilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.
Marcus Rashford is back 💥 pic.twitter.com/rdwMRzmoUG
— GOAL (@goal) November 29, 2022
Foden menunjukkan mengapa ada desakan daripada peminat agar dia bermula dalam kesebelasan utama. Foden memenangi sepakan percuma yang disempurnakan Rashford untuk memecahkan kebuntuan pada awal babak kedua di Stadium Ahmad bin Ali di Doha.
Foden kemudian menggandakan pendahuluan England hanya beberapa saat kemudian untuk membunh aksi ‘Battle of Britain’ yang dikuasai England.
Kemudian, Rashford meledak sekali lagi untuk memastikan kempen Piala Dunia pertama Wales sejak 1958 berakhir dengan kekecewaan.
England memulakan perlawanan dengan dominan namun aksi separuh masa pertama sangat tumpul untuk pasukan yang mahu menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia sejak 1966 itu.
Namun aksi separuh masa kedua England benar benar lebih kejam ke atas Wales.
Mereka mulai menunjukkan prestasi yang sangat memukau untuk memberitahu dunia bahawa England memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk menjadi juara.
Walaupun peminat England menganggap Jerman dan Scotland sebagai seteru utama mereka, namun Wales sentiasa menganggap England sebagai musuh tradisi mereka.
Last 16 here we come 🏴 pic.twitter.com/XYtfWm8rxH
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) November 29, 2022
Skuad Wales sebelum ini pernah dirakam, telah meraikan penyingkiran memalukan England pada Euro 2016 menentang Iceland.
Manakala penyerang Wales, Kieffer Moore baru-baru ini berkata dia ingin menyingkirkan England itu daripada Piala Dunia.
Dengan mengambil kira semangat permusuhan itu, England pastinya puas dapat menyingkirkan Wales. Selain itu England juga menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan aksi hambar ketika seri dengan Amerika Syarikat.
England masih menjadi salah satu pasukan pilihan dalam Piala Dunia 2022 kali ini. Sebelum ini England mara sehingga ke separuh akhir ketika edisi Piala Dunia 2018 yang dilangsungkan di Rusia.