Pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Ekanit Panya menjadi pemain terbaru dari negara itu yang beraksi dalam saingan J. League apabila sah menyertai Urawa Red Diamonds.

Artikel Berkaitan:

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana Ekanit menyertai Urawa secara pinjaman selama enam bulan bagi menghadapi baki saingan J1 musim ini.

Selepas diumumkan sebagai pemain terbaru kelab itu, Ekanit Panya gembira kerana dapat beraksi dalam saingan liga terbaik di rantau Asia dan tidak sabar untuk turun beraksi di hadapan puluhan ribu peminat Urawa Red.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pemain kedua yang dibawa masuk oleh Urawa selain Hiroki Abe yang sebelum ini pernah beraksi bersama akademi Barcelona.

Selain Ekanit, seorang lagi pemain Thailand iaitu Supachok Sarachat turut beraksi di divisyen pertama liga bola sepak Jepun bersama Hokkaido Consadole Sapporo.

Dua pemain ini dianggap sebagai penyambung legasi yang ditinggalkan oleh Chanathip Songkrasin yang baru-baru ini kembali ke Thailand setelah lima musim beraksi di Jepun.

Chanathip mengambil keputusan untuk meninggalkan Kawasaki Frontale selepas pemain itu bergelut untuk mendapatkan minit permainan pada musim kedua bersama pasukan.

Selain itu, isu kecederaan turut menghantui Chanathip sekaligus tidak membolehkan beliau memberikan aksi terbaik bersama Kawasaki.