4 Pasukan Liga Malaysia iaitu 2 pasukan Liga Super dan 2 pasukan Liga Premier berdepan risiko tidak dibenarkan beraksi pada musim 2020 serta dikenakan hukuman berat jika masih belum melangsaikan tunggakan gaji yang melibatkan pemain dan jurulatih.
Menurut Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, nasib pasukan itu dijangka akan diketahui pada pertengahan bulan ini selepas pembentangan bajet kewangan dan pemeriksaan dokumen oleh Jawatankuasa Status FAM.
“Terdapat empat pasukan berdepan dengan beberapa isu (kewangan) dan mereka bakal dikenakan sekatan. Kami sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mereka,” katanya dalam New Straits Times.
Antara sekatan yang dimaksudkan oleh Stuart ialah pasukan ini tidak dibenar menggunakan khidmat pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.
Selain itu, pasukan tersebut juga boleh kehilangan hak untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana penarikan lesen kelab kebangsaan.
“Sebelum ini saya sudah ingatkan kepada pengurusan pasukan bahawa lesen kebangsaan dan AFC 2020 boleh ditarik balik jika mereka gagal mengemukakan dokumen kewangan yang kukuh untuk suku kedua.
“Oleh itu, mereka belum lagi selamat dan mungkin juga boleh dikenakan hukuman pemotongan mata atau sekatan pembelian pemain sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan sama. FAM tidak lepas tangan namun perlu mencari penyelesaian terbaik dengan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.
Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain AS Monaco, Frederic Bulot Sertai Felda United?
Khairul Amri Akui Kemahiran Taktikal Liga Malaysia Lebih Baik Daripada Liga Indonesia