Penjaga gol PSG, Donnarumma dan isteri berada dalam keadaan trauma yang teruk apabila disamun dan dirompak di rumhnya sendiri.

Baca Juga:

Perompak dilaporkan telah mengikat Donnarumma dan isterinya ketika kejadian. Dan mereka mengalami kecederaan ringan kerana insiden tersebut.

Ianya berlaku berlaku pada pukul 3.20 pagi, di rumah Gianluigi Donnarumma.

Laporan dari Perancis menyebut ada dua lelaki bersenjata datang merompak pasangan itu dan melarikan hasil rompakan yang berupa barangan kemas, wang tunai, jam tangan dan beberapa barangan peribadi berharga yang lain – yang bernilai sekitar €500,000.00.

Donnarumma dan isteri beliau kemudian menghantar isyarat kecemassan kepada hotel yang berdekatan tempat tinggal mereka.

Pasangan itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Dan kedua duanya mengalami kecederaan serta trauma kerana kejadian tersebut.

Ini bukanlah kejadian pertama melibatkan pemain pemain PSG yang seringkali menjadi sasaran para perompak di Paris.

Dalam beberapa tahun terakhir ini, kejadian rompakan berlaku kepada Presnel Kimpembe, Marquinhos, Thiago Silva, Angel Di Maria, Dani Alves, Eric Maxim Choupo-Moting, Sergio Rico, dan Mauro Icardi.

Paling diingati adalah ketika Angel Di Maria terpaksa keluar dari padang ketika tengah tengah perlawanan berlangsung kerana dimaklumkan keluarganya dirompak di rumahnya.

Ramai peminat PSG benar benar kesal dengan satu lagi berita pemain mereka dirompak dan disamun. Dan berharap pesalah akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.