Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh meluahkan kekecewaan beliau terhadap kegagalan anak-anak buahnya memanfaatkan peluang pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim semalan.
Menurut Dollah, kegagalan untuk meraih tiga mata penuh menyebabkan skuad Tok Gajah gagal untuk memintas JDT yang berada di tangga teratas Liga.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LS11 LIGA SUPER 2019#LigaSuper2019 pic.twitter.com/341141hg4F
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 28, 2019
“Memang terkilan kerana kelebihan yang dimiliki selepas lawan beraksi dengan 10 pemain sepanjang tempoh 45 minit perlawanan tidak digunakan sebaik mungkin.
“Sebaliknya, pemain Pahang mempamerkan permainan terlalu berhati-hati.
“Dengan keputusan seri ini, saya kecewa kerana pemain tidak mempamerkan aksi terbaik mereka, walaupun bangkit selepas dikejutkan dengan jaringan JDT di awal perlawanan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
JDT terlebih dahulu berada di hadapan apabila Gonzalo Cabrera bijak menyempurnakan peluang setelah Muslim Ahmad membuat kesilapan.
Namun, kelebihan yang dimiliki JDT berjaya dipadam oleh Herold Goulon apabila pemain import ini menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama.
💥 @OfficialPahang menyamakan kedudukan melalui tandukan Herold Goulon!
Saksikan sorotan perlawanan penuh di laman Facebook MFL dan di aplikasi MFL!#LigaSuper2019 pic.twitter.com/me0DDO68Cq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 29, 2019
Dengan keputusan seri semalam, JDT kekal menerajui Liga Super dengan kelebihan dua mata di hadapan pasukan Pahang.