Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools terus menampilkan prestasi cemerlang bersama kelabnya, FK Jablonec apabila mencipta assist pertamanya bersama kelab tersebut.
Baca Juga:
- King’s Cup 2022: Tiada Tekanan Tambahan Buat Dion Cools
- Dion Cools Jaringkan Gol Pertama Bersama FK Jablonec
- Dion Cools Sertai Kelab Republik Czech?
Dion diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Brno dalam saingan Liga Utama Czech dan beliau diletakkan di posisi sayap kanan bertahan oleh pengendali pasukan, David Horejš.
Pemain berusia 26 tahun itu memainkan peranan penting dalam gol kedua Jablonec dimana hantaran beliau disambut dengan baik oleh penyerang, Vladimir Jovović pada minit ke-61 sekaligus menjadi bantuan gol pertamanya pada musim ini.
Selain itu, Cools juga membuat penampilan pertama di laman sendiri dimana pada aksi sebelumnya, pemain berusia 26 tahun itu turun beraksi ketika Jablonec bertandang ke laman pasukan lawan.
Sebelum ini, Dion Cools menjaringkan gol pertama pada aksi pertamanya bersama Jablonec pada perlawanan menentang Motorlet Prague bulan lalu.
Dion menjaringkan gol pembukaan Jablonec pada separuh masa pertama dimana beliau menyambar bola hasil hantaran dari David Houska di sebelah kiri sekaligus menjaringkan gol pertamanya bersama kelab itu.
Goooool!!! Dion Cools otevírá skóre zápasu po krásném centru z levé strany od Davida Housky! Vedeme 1:0! #vprvnilinii pic.twitter.com/GBjaXFNkzC
— FK Jablonec (@FKJablonec) September 14, 2022
Pada perlawanan tersebut, Jablonec berjaya mencatat kemenangan dengan keputusan 4-0 dimana selain Dion, dua lagi pemain turut menyumbang jaringan iaitu Jakub Martinec dan Jan Chramosta.
Kemenangan ke atas Brno meletakkan Jablonec di tangga ke-8 dalam carta Liga Utama Czech dimana mereka ketika ini mengutip 13 mata selepas menghadapi 10 perlawanan.
Pada perlawanan seterusnya, Jablonec akan turun menentang FK Pardubice di laman lawan.