Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools dikhabarkan bakal beraksi dalam saingan Liga Thailand bagi menghadapi saingan musim 2023.
Baca Juga:
- FAM Umum Senarai 23 Pemain Ke Piala AFF 2022, Tiada Nama Dion Cools
- Dion Cools Sumbang “Assist” Pertama Bersama FK Jablonec
- TMJ Mengenai Dion Cools, “Jumpa Anda Pada Januari”
Perkara ini dikongsikan oleh salah sebuah media bebas negara itu, Onemanshow TV dimana mereka memuat naik gambar yang menunjukkan gambar Dion dan meletakkan caption “Selamat datang ke Thailand tidak lama lagi”.
Masih belum pasti kelab mana yang bakal disertai oleh Dion namun menurut maklumat yang diberikan kepada Vocket FC, pemain berusia 26 tahun itu bakal menyertai kelab yang pernah muncul juara saingan Liga Thailand.
Ketika ini, Dion beraksi bersama kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec dan beliau menampilkan prestasi baik bersama pasukan itu.
Dion Cools sebelum ini menjaringkan pertama bagi Jablonec ketika menentang menentang Motorlet Prague dimana beliau menyambar bola hasil hantaran dari David Houska di sebelah kiri sekaligus menjaringkan gol pertamanya bersama kelab itu.
Seterusnya, bekas pemain Club Brugge itu menyumbang assist pertamanya bersama kelab pada perlawanan menentang Brno.
Pemain berusia 26 tahun itu memainkan peranan penting dalam gol kedua Jablonec dimana hantaran beliau disambut dengan baik oleh penyerang, Vladimir Jovović pada minit ke-61 sekaligus menjadi bantuan gol pertamanya pada musim ini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini memberi bayangan bahawa Dion bakal menyertai kelabnya pada bulan Januari 2023.
“Saya dan Dion Cools mempunyai hubungan baik yang begitu lama dan beliau memang mahu bermain di sini. Akan tetapi, situasi sekarang adalah sedikit susah untuk pihak kami kerana perlu membayar pampasan untuk tebus kontrak beliau.
“Saya akan menandatangani Dion kemungkinan pada hujung tahun ini atau pada tahun hadapan,” kata TMJ.