Pasukan Denmark bergelut pada aksi pembukaan kumpulan D temasya Piala Dunia 2022 menentang Tunisia dimana wakil Eropah itu hanya mampu untuk mengutip keputusan seri tanpa jaringan.
Baca Juga:
- Argentina vs Arab Saudi: Lionel Messi & Rakan Sepasukan Tewas Mengejut
- Kenapa Gol Awal Ecuador Ofsaid?
- England vs Iran: Three Lions Terlalu Unggul Raih Kemenangan 6-2
Pada aksi yang berlangsung di Education City Stadium, Tunisia tampil dengan lebih cemerlang dimana barisan pertahanan mereka mudah untuk mematahkan segala gerakan serangan lawan serta menunjukkan kawalan yang baik.
It ends all square at the Education City Stadium 🤝@adidasfootball | #FIFAWorldCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 22, 2022
Tunisia kemudiannya melancarkan gerakan serangan dan Issam Jebali menjaringkan gol pembukaan namun pengadil segera membatalkan jaringan tersebut setelah penyerang itu berada di kedudukan ofsaid.
Peluang terbaik Denmark hadir menerusi Emile Hojberg namun rembatan dari luar kawasan penalti oleh pemain tengah Tottenham Hotspur itu mudah ditangkap oleh penjaga gol lawan, Aymen Dahmen. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0.
Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memperkemaskan gerakan namun ketumpulan di bahagian serangan menjadi punca mereka gagal untuk memperoleh jaringan.
Level at the break 🇩🇰🇹🇳#FIFAWorldCup | #Qatar2022
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 22, 2022
Pada minit ke-56, Andreas Skov Olsen menjaringkan gol namun jaringan tersebut sekali lagi dibatalkan oleh pengadil setelah Mikkel Damsgaard berada di kedudukan ofsaid ketika gerakan tersebut dilakukan.
Situasi paling kontroversi pada perlawanan ini ialah pada minit ke-72 apabila pengadil enggan memberikan sepakan penalti kepada Tunisia setelah bola terkenan tangan pemain pertahahan Denmark, Joachim Andersen.
Malah pengadil enggan menggunakan khidmat Video Assistance Referee (VAR) bagi melihat semula kejadian tersebut dan kemudiannya memberikan sepakan penjuru kepada Tunisia.
Denmark juga dinafikan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Yassine Meriah pada masa kecederaan namun setelah memerikan kejadian tersebut melalui VAR, pengadil membatalkan sepakan penalti tersebut.
Dua lagi pasukan dalam kumpulan D, Perancis yang juga juara bertahan akan turun menentang wakil dari Asia, Australia pada pukul 3 pagi dan skuad bimbingan Didier Deschamps itu dijangka tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata pada aksi pembukaan.