Bermula dari 24 Februari 2023, penonton di Malaysia dapat menyaksikan kesemua 244 perlawanan Liga Malaysia 2023 melalui lima pertandingan yang akan berlangsung pada musim ini, iaitu Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, dan MFL Challenge Cup di sooka.
Baca Juga:
- MFL Umum Rize Selaku Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023
- Colgate Kini Rakan Rasmi Penjagaan Mulut Liga Malaysia 2023
- Penganalisis Jangka Saingan Liga Malaysia 2023 Lebih Meriah Dan Menarik
Sooka merupakan aplikasi penstriman yang menyiarkan kesemua aksi dalam siaran sukan secara langsung sedunia, dan kandungan asli terpilih berdasarkan kisah-kisah yang digemari golongan milenial.
Mereka menjemput semua peminat untuk turut ‘Sorak Bola Ikut sooka’ dengan promosi terbaharunya, sooka membolehkan peminat bola sepak menonton kesemua perlawanan Liga Malaysia melalui peranti mudah alih dan Smart TV melalui pelan-pelan bebas kontrak dan bebas komitmen.
Para peminat bola sepak tempatan boleh menonton semua perlawanan tersebut melalui pelan VIP+ Sports (kini pada harga RM41.90 sebulan, dengan akses kepada semua sukan termasuk Liga Malaysia dan kesemua rancangan hiburan sooka, boleh di tonton melalui peranti mudah alih), pelan VIP TV (kini pada harga RM62.90 sebulan – untuk pengalaman menonton melalui Smart TV, akses tunggal kepada peranti mudah alih, dan penstriman semua sukan termasuk Liga Malaysia, Premier League, dan kesemua rancangan hiburan).
Malah, sooka juga menawarkan Pas Perlawanan pada harga pengenalan *RM4.90 untuk setiap perlawanan, dan istimewa dan terbaharu Pas Liga Malaysia pada harga RM28.90 sebulan untuk akses spesifik kepada semua perlawanan Liga Malaysia tanpa henti sepanjang musim melalui peranti mudah alih.
Emarina Kamal, Ketua Program sooka berkata:
“Kami amat teruja untuk membawakan Liga Malaysia 2023 di aplikasi sooka, untuk memastikan para peminat bola sepak tempatan dapat menikmati penstriman aksi bola sepak secara langsung yang berterusan, terus daripada skrin peranti mudah alih dan Smart TV anda.
“Kami ingin memastikan para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan atau gol penting sepanjang musim Liga Malaysia 2023, dan memberikan para peminat kebebasan untuk memilih pengalaman menonton bola sepak melalui skrin pilihan mereka, dan membuat bayaran mengikut kemahuan mereka melalui pelan-pelan BEBAS KONTRAK dan bebas komitmen yang kami tawarkan.
“Matlamat kami adalah untuk terus menyampaikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebebasan kepada para penonton, tanpa kerisauan atau batasan,” katanya.
Untuk menonton sooka dan merasai keseronokan menyaksikan aksi sukan secara langsung serta kandungan hiburan tempatan terbaik melalui peranti mudah alih anda ataupun skrin besar, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan stor aplikasi Samsung, LG, Sharp, dan Sony (untuk VIP TV). Kesemua pelan langganan sooka hadir tanpa kontrak dan bebas komitmen.