Pengurus Rangers Michael Beale menunjukkan semangat kesukanan ataupun semangat fair-play yang luar biasa pada petang Ahad ketika dia membenarkan pasukan lawan, Partick Thistle menjaringkan gol dalam pertembungan Piala Scotland mereka dengan Rangers.

Baca Juga:

Insiden itu berlaku dengan hanya berbaki kurang 20 minit, ketika kedua dua pasukan bersaing untuk ke suku akhir dalam pertembungan antara 2 pasukan yang hanya dipisahkan sejauh dua batu. Dengan tahap permainan masuk babak babak akhir, pengadil memberhentikan permainan kerana ada insiden memerlukan perhatian.

Di mana Malik Tilman telah memerlukan sedikit rawatan ketika itu.

Ketika ia disambung semula, Kevin Holt menerima lontaran ke dalam dan cuba menghantar bola kembali kepada penjaga gol Rangers Allan McGregor sebagai tanda fairplay.

Namun pemain pinjaman dari Bayern Munich, Malik Tilmann merampas bola dan menggelecek penjaga gol serta berberapa pemain pertahanan sebelum menjaringkan bola tyersebut.

Gol itu disambut gembira peminat Rangers yang pada kedudukan itu mendahului 2-1.

Pemain pemain Ian McCall berang dengan kejadian itu dan berlaku sedikit insiden panas.

Apabila keadaan tegang itu reda, pengurus Rangers, Michael Beale yang berusia 42 tahun bercakap dengan kapten James Tavernier.

Pengurus itu meminta agar mereka membenarkan lawan mendapatkan gol balas untuk insiden tersebut yang ternyata tidak digemarinya.

Beale tidak mahu menerima kemenangan dengan cara tidak ada semangat kesukanan seperti itu.

Pemain pemain Rangers menerima arahan itu dan membenarkan pemain Patrick Thistle, Scott Tiffoney menjaringkan gol balas.

Situasi itu tidak digemari peminat Rangers di dalam stadium Ibrox yang membuat bunyi ejekan.

Pengurus lawan menghargai tindakan Beale itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Netizen turut memberikan pujian dan tabik hormat kepada Beale yang cepat bertindak mengambil tindakan yang tepat.

Namun ternyata, hari itu memang hari Rangers. Kerana pada minit ke-86, James Sands menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan Rangers mara ke suku akhir.

Selepas tamat perlawanan, Beale menyatakan dia tidak menyalahkan Malik Tilman yang menekan lawannya, kerana pemain itu keliru pada masa itu ketika berada di atas padang dalam tekanan yang tinggi.

Dia turut berpuas hati kerana Rangers menang tanpa mengabaikan prinsip fair-play kelab itu.

“Berlaku salah faham. Malik cedera dan bola dikeluarkan lawan. Dia kemudian melihat bola datang kepadanya dan dia menekan bola itu kerana arahan taktikal yang biasanya begitu. Sebenarnya dia tidak tahu bahawa Thistle mahu mengembalikan bola itu kembali.”

“Kami menjaringkan gol daripadanya dan ia kontroversi tetapi kelab ini dibina atas standard yang tinggi dan kami mahukan yang terbaik untuk permainan. Saya tidak fikir ia tindakan yang betul dan hanya untuk memenangi perlawanan bola sepak seperti hari ini.”

Insiden itu mengingatkan kita kepada detik Bielsa mengarahkan anak anak buahnya agar membenarkan lawan menjaringkan gol ke gawang mereka. Detik yang membolehkan Bielsa memenangi Anugerah khas dari FIFA atas semangat kesukana tinggi.