Ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sedang menunggu maklum balas dari pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengenai pengambilalihan kelab.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan Majoriti, Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd yang juga bekas penaja pasukan skuad The Red Warriors itu terbuka untuk kembali menaja Kelantan jika bersesuaian dengan syaratnya.

Menurut Datuk Seri Vida, beliau telah menghantar surat kepada Zamsaham mengenai perbincangan kelab itu.

Datuk Seri Vida Zamsaham
Sumber Gambar: Jurnal Malaysia

“Saya sudah hantar surat kepada Zamsaham untuk berbincang perkara tersebut. Memang saya akan berjumpa dengan dia tapi tunggu masa dari pihak mereka,” katanya.

Pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak pengurusan TRW mengenai perkara tersebut.

“Surat pindaan sekarang tengah tunggu jawapan daripada pengurusan Kelantan berkenaan tarikh, masa dan tempat. Kita tunggu Zamsaham bagi tarikh pertemuan yang akan diadakan,” tambahnya.

Sekiranya semua berjalan lancar, DSV akan melantik anaknya yang dikenali sebagai Kacak sebagai pengurus pasukan.

Pada musim 2015/2016, Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta untuk dua musim.

Selain itu, beliau juga menegaskan tidak akan menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu kepada warna kegemaran iaitu merah jambu serta tidak masuk campur dalam urusan pasukan.

“Saya hanya berada di belakang tabir dan tak akan gunakan TRW untuk syarikat. Malah, kalau sebelum ini saya pernah tukar warna TRW kepada warna ‘pink’ (merah jambu) sebelum ini, tapi kali ini tidak sebab saya takkan campur hal syarikat dengan pasukan,” katanya.