Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menggesa agar jentera pasukan negara tampil lebih tajam dalam usaha mencari kemenangan pertama pada perlawanan kedua kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 menentang Filipina pada Jumaat ini.

Datuk Ong berkata demikian setelah barisan serangan negara terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan khususnya pada separuh masa kedua ketika seri 1-1 menentang pasukan Myanmar pada perlawanan pembukaan semalam.

“Mencipta peluang adalah penting tetapi sudah tentu selepas ini kita harus pastikan peluang yang kita cipta itu kita mampu manfaatkannya dengan menjaringkan gol.

“Serangan-serangan yang kita lakukan kalau kita tidak mampu menjaringkan gol bermakna kita mungkin menghadapi masalah nanti daripada segi bilangan gol,” kata Datuk Ong memetik laporan daripada Berita Harian.

Datuk Ong
FOTO: FAM

OKS menurunkan Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim untuk mengisi jentera serangan dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Myanmar dan Hadi berjaya menjaringkan gol setelah beliau memanfaatkan hantaran daripada Akhyar. Namun, peluang demi peluang yang dimiliki gagal dimanfaatkan dengan baik.

Pada pertembungan menentang Filipina, OKS dijangka mengekalkan trio serangan di atas bagi mencerahkan peluang pasukan negara untuk meraih tiga mata pertama dalam temasya edisi kali ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara di sini:

Sukan SEA 2019: Luqman Akui Padang Tiruan Di Stadium Memorial Rizal Lebih Licin Dan Bola Lebih Laju

Datuk Ong Kim Swee: Perlawanan Pembukaan Sentiasa Sukar