Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan beliau tidak akan membiarkan konsert kumpulan penyanyi terkenal iaitu Coldplay menganggu aksi pasukan negara.

Baca Juga:

Malaysia akan turun dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 21 November, sehari sebelum konsert Coldplay yang juga bakal diadakan di gelanggang keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.

Datuk Hamidin Coldplay
Sumber Gambar: Syamil Rosli/PFAM

“Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kita telah maklumkan kontrak kita dengan PSM ini.

“Semuanya dalam FIFA kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kita pergi stadium lain,” kata Datuk Hamidin

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya menjadi mangsa kepada konsert artis antarabangsa apabila sebanyak 21 Ribu tempat duduk tidak boleh digunakan ekoran konsert penyanyi terkenal dari Taiwan iaitu Jay Chou ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric menentang Thailand.