Saingan Bundesliga Jerman sejak 10 tahun terakhir telah menyaksikan deretan pemain Jepun menampilkan prestasi cemerlang sekaligus menjadi pemain pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama setiap minggu.
Pemain seperti Shinji Kagawa, Makoto Hasebe, Yuya Osako dan Takuma Asano merupakan pemain yang pernah mencipta sensasi di salah satu liga terbaik di rantau Eropah itu. Kini, seorang pemain dari negara matahari terbit itu sedang meningkat naik dan dicanang sebagai pemain Jepun yang akan menggegarkan Bundesliga. Pemain itu ialah Daichi Kamada.
Daichi Kamada adalah pemain penyerang yang beraksi bersama Eintracht Frankfurt bagi saingan musim 2019/2020. Daichi menyertai Eintracht pada June 2017 dimana pemain berusia 23 tahun ini menandatangani kontrak selama 4 tahun sehingga 2021 setelah beraksi bersama Sagan Tosu dalam saingan J1 League.
Pemain kelahiran Ehime ini kemudiannya dipinjamkan ke kelab Belgium, Sint-Truidense V.V bagi saingan musim 2018/2019. Daichi tampil dengan cemerlang dimana berjaya muncul sebagai penjaring terbanya Sint-Truidense dalam saingan Jupiler Pro League dengan catatan 15 gol.
Setelah tempoh pinjaman bersama Sint-Truidense tamat, Daichi kembali ke pangkuan Frankfurt dan beliau serta merta diberi kepercayaan untuk membarisi jentera serangan dalam kesebelasan utama pada perlawanan pembukaan Bundesliga menentang TSG 1899 Hoffenheim pada Ahad lalu.
2' Kostic tees up Hinteregger, who finds the back of the net! Eintracht are up and running! 💪💪💪#SGETSG | 1-0 pic.twitter.com/SfEf3aCiWY
— Eintracht Frankfurt (@eintracht_eng) August 18, 2019
Daichi mencipta gandingan mantap bersama dua lagi penyerang iaitu Ante Rebic dan Mijat Gacinovic. Daichi hanya mengambil masa 30 saat untuk membantu Frankfurt membuka tirai jaringan dimana short corner yang diambil beliau ditanduk masuk oleh Martin Hinteregger. Eintracht Frankfurt memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.
Jika Daichi mengekalkan prestasi semasa, tidak mustahil pengurus Eintracht Frankfurt, Adi Hutter terus memberikan kepercayaan untuk beliau mengisi kesebelasan utama pasukan pada perlawanan akan datang. Jika perkara itu berlaku, maka Daichi mempunyai peluang untuk berada sebaris dengan pemain Jepun yang pernah menyinar dalam Bundesliga sebelum ini.