Hasrat peminat bola sepak dunia untuk melihat Morocco menduduki tangga ketiga dalam temasya Piala Dunia 2022 apabila pasukan itu tewas kepada Croatia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Baca Juga:
- Perancis vs Morocco: Gol Hernandez Dan Kolo Muani Bawa Les Bleus Ke Final Piala Dunia
- Argentina vs Croatia: Gol Messi Dan Alvarez Hantar La Abiceleste Ke Final
- Jurulatih Croatia Nasihatkan Argentina: “Semangat Tak Apa Tapi Jangan Koyak”
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifah, kedua-dua pasukan mensasarkan tempat ketiga selepas masing-masing kecewa pada perlawanan separuh akhir.
Croatia take the #FIFAWorldCup 3rd spot! ðŸ‡ðŸ‡·ðŸ¥‰@adidasfootball | #Qatar2022
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 17, 2022
Croatia bermula dengan baik dimana mereka membuka tirai jaringan menerusi Josko Gvradiol pada minit ke-7 dimana pemain pertahanan muda itu menanduk masuk bola selepas menerima hantaran daripada Ivan Perisic.
Namun, Morocco tidak mengambil masa lama untuk menyamakan jaringan dimana Achraf Dari menolak masuk bola pada minit ke-9 hasil kesilapan daripada pemain lawan ketika cuba mengeluarkan bola hasil daripada sepakan percuma Hakim Ziyech.
Pada minit ke-24, Croatia mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pendahuluan namun kecemerlangan Yassine Bounou menafikan percubaan Luka Modric dan Perisic.
Ketika pasukan dari benua Afrika itu rancak menyerang bagi mencari jaringan seterusnya, Mislav Oršić menjaringkan gol kedua Croatia pada minit ke-42 dimana rembatan beliau gagal diselamatkan oleh Bounou. Kedudukan 2-1 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Morocco menggandakan usaha mereka untuk mencari gol penyamaan namun disiplin bertahan yang ditampilkan oleh pemain lawan nyata menyukarkan usaha mereka.
Pada minit ke-74, pengadil menafikan sepakan penalti bagi Croatia selepas Gvradiol dijatuhkan oleh Sofian Amrabat dalam kawasan penalti. Tidak lama selepas itu, Hakimi turut dijatuhkan namun sekali lagi pengadil menafikan sepakan penalti.
Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan naib juara pada edisi 2018 lalu menduduki tangga ketiga bagi temasya di Qatar tahun ini.
Meskipun menduduki tangga keempat, namun pujian perlu diberikan kepada Morocco dimana mereka menampilkan prestasi yang cukup cemerlang sebagai pasukan kerdil yang berjaya menewaskan pasukan besar seperti Sepanyol dan Portugal sekaligus menjadi empat pasukan terbaik dalam temasya edisi kali ini.