Cristiano Ronaldo terus mencipta rekod demi rekod dan kali ini sebagai pemain pertama mencapai 200 penampilan atau 2 ‘abad’ untuk pasukan kebangsaan.
Baca Juga:
- Lee Zii Jia Jadikan Cristiano Ronaldo Sebagai Inspirasi
- Al-Nassr Mahu Satukan Semula Cristiano Ronaldo Bersama Bekas Pengurus
- RASMI: Roberto Martinez Pengurus Baharu Portugal, Sedia Pacu Satu Lagi Generasi Emas
Ronaldo turun menentang Iceland yang turut menandakan penampilan antarabangsanya yang ke-200 beliau.
Lebih manis dia mengingati malam bersejarah itu dengan menjaringkan gol kemenangan ketika Portugal menewaskan Iceland 1-0 dalam kelayakan Euro 2024 pada hari Selasa.
Kapten Portugal itu, yang membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2003, dan sejak itu dia terus mencipta sejarah untuk peribadi dan negaranya.
Ronaldo berkata: “Saya sangat gembira. Untuk mencapai 200 kaps adalah jenis detik yang tidak pernah anda jangkakan.”
“Ia satu pencapaian yang sukar dipercayai. Dan sudah tentu untuk menjaringkan gol kemenangan menjadikannya lebih istimewa,” kata Ronaldo selepas perlawanan.”
Ronaldo terpaksa menunggu hampir dua minit untuk meraikan kemenangan apabila pengadil menafikan gol rembatan jarak dekatnya pada minit ke-89 kerana ofsaid.
Tetapi gol itu diberikan selepas ulangan VAR menunjukkan bahawa Ronaldo melakukan gol bersih.
Ia adalah gol ke-123 Ronaldo untuk Portugal, melanjutkan lagi rekodnya sebagai penjaring gol antarabangsa terbanya sepanjang zaman.
Penyerang Al-Nassr itu sudah memegang rekod untuk penampilan antarabangsa terbanyak apabila dia mengatasi Bader Al-Mutawa dari Kuwait, yang memegang rekod 196 perlawanan, semasa Portugal kelayakan Euro 2024 menentang Liechtenstein pada Mac.
Sebelum sepak mula menentang Iceland, Ronaldo menerima plak Rekod Dunia Guinness sebagai memperingati beliau pemain lelaki pertama muncul dalam 200 perlawanan antarabangsa.
Kemenangan dalam perlawanan tersebut membantu Portugal mendahului dengan 12 mata di puncak kumpulan J, dua mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Slovakia, yang menang 1-0 di tempat lawan ke Liechtenstein pada awal Selasa.
Sebelum sepak mula Cristiano Ronaldo mengulas tentang 200 penampilannya bersama Portugal: “Dua ratus perlawanan yang dimainkan membuktikan cinta yang saya miliki untuk negara saya.”
“Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang amat penting. Ia amat bermakna. [Dua ratus] adalah angka yang indah yang [tiada pemain lelaki] yang pernah catatkannya.”
HISTORY FOR CRISTIANO RONALDO!
He becomes the first player EVER in men’s senior international football history to make 200 appearances with his country 🇵🇹
LEGEND 👏 pic.twitter.com/51rN0eVILh
— ESPN FC (@ESPNFC) June 20, 2023
“Saya sangat berbangga kerana ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah fikir saya boleh capai. Dan saya terus mencipta rekod.”
Pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Ronaldo menjadi pemain bola sepak lelaki pertama yang menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia berbeza.
Pemenang Ballon d’Or lima kali, Ronaldo mempunyai dua kejuaraan besar bersama Portugal — dia membawa negaranya mencapai kejayaan di Euro 2016 dan Liga Negara Negara Eropah yang julung kali diadakan tiga tahun kemudian.
Secara keseluruhan, dalam bola sepak, rekod penampilan terbanyak dicipta pemain wanita Amerika Syarikat, Kristine Lilly dengan 354 penampilan antarabangsa.