Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia 2018, Portugal bertemu Morocco dan memecahkan rekod 62 tahun yang dipegang oleh Ferenc Puskas sebagai penjaring gol antarabangsa paling banyak Eropah sepanjang zaman.

Bekas pemain Manchester United ini, memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan 81 gol antarabangsa sebelum perlawanan pertama bertemu Sepanyol tempoh hari.

Hatrik ketika seri 3-3 berdepan skuad La Roja dalam perlawanan pertama itu membolehkan Cristiano Ronaldo menyamai rekod Ferenc Puskas dengan 84 gol.

NINTCHDBPICT000092149659

Ferenc Puskas memegang rekod dengan jumlah 84 gol selama 62 tahun untuk Hungary dalam 89 penampilan, manakala Cristiano Ronaldo mengambil 151 penampilan untuk memecahkan rekod tersebut.

Mungkin selepas ini Cristiano Ronaldo akan cuba untuk memecahkan rekod sebagai penjaring gol antarabangsa paling banyak di dunia yang kini dipegang oleh penyerang tersohor Iran, Ali Daei, dengan 109 gol dari hanya 149 penampilan!

539f40528bf0b-6-daei-usa98

Cristiano Ronaldo kini di tangga ke 2 dibelakang Ali Daei dengan perbezaan 24 gol lagi.

Lagenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele, pula berada di kedudukan ke 7 penjaring dengan 77 gol dijaringkan. Manakala, Lionel Messi pula berada di kedudukan ke 8 dengan hanya 64 gol dijaringkan untuk skuad kebangsaan Argentina.

Sebagai rujukan, kesemua gol Cristiano Ronaldo itu boleh dipecahkan kepada 3 bahagian dimana 39 gol dijaringkan di ‘home’, 30 gol di ‘away’ dan 16 gol dalam kejohanan utama antarabangsa.

Dari jumlah itu juga, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 5 kali hatrik, 4 gol dalam 1 perlawanan, 14 kali ‘braces’ dan baki 38 gol dalam perlawanan yang berasingan.

Sumber