Cristiano Ronaldo telah memberikan penghormatan yang menyentuh hati kepada Pele, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Baca Juga:

Legenda bola sepak Brazil, Pele, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Sao Paulo akibat kegagalan beberapa organ kerana kanser kolon.

Pele sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi sejak 29 November 2022 lalu.

Malah ketika kempen Piala Dunia 2022, pemain pemain Brazil sempat memberikan mesej sokongan buat Pele.

Pele berjuang melawan kanser sejak 2021 lagi. Namun kondisi kesihatannya semakin teruk pada akhir tahun 2022. Membuatkan ahli keluarganya berkumpul di hospital meraikan Krismas dengannya.

Keadaannya ketika itu kritikal dan membuatkan seluruh warga Brazil mendoakan agar dia cepat sembuh.

Namun Pele disahkan meninggal dunia pada hari Khamis di Brazil.

Berita kematian Pele membuatkan Cristiano Ronaldo sedih dan memberikan  penghormatan terakhir menerusi Instagram peribadinya.

“Takziah yang mendalam kepada seluruh Brazil, dan terutama kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento,” tulis CR7.

“Sekadar ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Raja Pelé yang abadi tidak akan ada kata kata yang cukup untuk meluahkan rasa kesakitan yang kini dirasai di seluruh dunia bola sepak.”

“Inspirasi kepada jutaan orang, rujukan pada hari semalam, hari ini, dan selamanya.”

“Kasih sayang yang kamu selalu tunjukkan pada saya dibalas dalam setiap saat kita berkongsi momen antara kita walaupun dari jauh.”

“Dia tidak akan dilupakan dan akan kekal selama-lamanya di dalam ingatan setiap pencinta bola sepak. Bertenanglah Raja Pele,” akhiri Ronaldo.

Pele akan selamanya diingati sebagai legenda sejati bola sepak. Menjadi satu satunya pemain yang pernah memenangi 3 Piala Dunia.