Pundit dan juga legenda EPL, Chris Sutton menganggap Liverpool kali ini tiada peluang langsung untuk menewaskan Arsenal.

Baca Juga:

Sutton membuat ramalan tersebut menjelang aksi hujung minggu ini melibatkan Liverpool dan Arsenal yang akan berlangsung di Anfield.

Dengan prestasi semasa Liverpool yang buruk, berdepan dengan pasukan pada prestasi terbaik di EPL, Arsenal, pastinya ini bukan masa yang dimahukan penyokong Liverpool untuk menjamu kunjungan Arsenal.

Menurut Sutton, masalah terbesar Liverpool adalah barisan pertahanan The Reds yang rapuh yang akan menjadi punca kenapa mereka akan ditewaskan Arsenal.

Sutton berkata: “Saya harus mengangkat tangan kerana saya banyak kali membuat ramalan yang salah tentang Liverpool musim ini.”

“Saya selalu merasakan bahawa akhirnya mereka berjaya bangkit, namun sebaliknya berlaku.”

“Tidak banyak kekurangan dengan barisan depan mereka, tetapi pertahanan mereka tidak cukup bagus dan saya kagum pasukan Jurgen Klopp mencatatkan clean sheet melawan Chelsea.”

Carragher Salah

“Bagaimanapun, mereka tidak akan menahan asakan Arsenal pada hari Ahad. Tiada peluang untuk itu.”

Gary Neville sebelum ini menyatakan bahawa Anfield akan menjadi tempat yang sukar buat Arsenal. Dan menjangkakan bahawa anak anak buah Mikel Arteta akan tewas di tangan Liverpool.

Dan jika Arsenal melepasi ujian di Anfield, Neville menjelaskan, dia akan memilih Arsenal sebagai calon juara sebenar berbanding City.

Namun Chris Sutton tidak sependapat dengan Neville. Kerana menurutnya, ketika ini, Arsenal terlalu bagus dan mereka tidak gentar beraksi di Anfield.

Sutton menambah: “Cara Arsenal bermain, saya menjangkakan mereka akan muncul di Anfield, bermain dengan bangga dan menembusi Liverpool.”

Gary Neville
Kredit Foto: Arsenal

“The Gunners tidak pernah menang di sana sejak September 2012, apabila Mikel Arteta bermain untuk mereka, dan pada masa lalu, ini mungkin perjalanan yang mereka takuti. Tidak lagi,” sambung Sutton.

Daripada 30 pertemuan di Anfield dalam acara Liga Perdana, Arsenal hanya mampu menang enam.

Liverpool telah menewaskan Arsenal 16 kali di Anfield dan baki lapan telah berakhir dengan keputusan seri.

Kemenangan ke atas Liverpool Ahad ini akan menjadi penting untuk Arsenal terus menjarakkan diri dengan Man City.