Chelsea dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi pembukaan musim Liga Perdana Inggeris mereka pada hari Ahad dalam aksi yang sangat terbuka antara kedua dua pasukan.

Baca Juga:

Aksi antara Chelsea dan Liverpool merupakan aksi tumpuan utama pada perlawanan pertama EPL musim ini.

Ini juga aksi pertama kedua dua pasukan dengan ketua pasukan baharu mereka. Chelsea melantik Reece James menggantikan Cesar Azpilicueta. Sementara Liverpool melantik Virgil Van Dijk menggantikan Jordan Henderson.

Soccer Football – Premier League – Chelsea v Liverpool – Stamford Bridge, London, Britain – August 13, 2023 Liverpool manager Juergen Klopp applauds fans after the match REUTERS/Tony Obrien EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club /league/player publications. Please contact your account representative for further details.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp memulakan aksi dengan lebih baik. Dan Liverpool mendapat ganjaran daripada prestasi cemerlang mereka pada awal perlawanan apabila Luis Diaz menjaringkan gol pembukaan.

Diaz menembusi penjaga gol baharu Chelsea iaitu Robert Sanchez di gawang gol menerusi sentuhan pertama.

Namun begitu, Chelsea kemudian perlahan lahan memperbaiki rentak permainan.

Dan mereka menamatkan separuh masa pertama sebagai pasukan yang lebih baik.

Axel Disasi menyamakan kedudukan untuk The Blues sebelum rehat separuh masa. Ianya berpunca daripada kelonggaran pertahanan Liverpool dalam zonal marking.

Chelsea kemudian hampir menambah gol hanya beberapa minit kemudian selepas gol itu apabila Ben Chilwell menyumbat satu lagi gol namun ianya ofsaid.

Sebelum itu, Mo Salah turut menyaksikan golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Pada separuh masa kedua, Chelsea dan Liverpool terus beraksi dengan permainan terbuka dan menghiburkan namun tiada tambahan gol dihasilkan.

Akhirnya kedua dua pasukan sekadar terikat 1-1 yang dianggap keputusan yang adil.

Di luar padang, kedua dua pasukan berebut tandatangan Moises Caicedo yang dipercayai sudah pun memilih Chelsea sebagai destinasi seterusnya.