Chelsea mengalami kekalahan kelima berturut turut selepas dimalukan oleh Brentford di tempat sendiri pada aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.
Baca Juga:
- Chelsea Ingatkan Pemain Akan Dipotong Gaji 30% Jika Gagal Ke UCL
- UCL 2022/23: Real Madrid Mudah Humban Chelsea Keluar Saingan
- De Zerbi Ucapkan Terima Kasih Graham Potter Selepas Kalahkan Chelsea
Rekod buruk itu dicipta oleh Frank Lampard, yang masih belum merasai kemenangan atau seri sekalipun sejak mengambil alih sebagai interim, sebaik sahaja kelab memecat Graham Potter.
Chelsea results since interim manager Frank Lampard took over 🔵📊 #CFC
◾️ 5 games
◾️ 5 defeats◾️ 9 goals conceded
◾️ 1 goal scored…while negotiations are progressing with Mauricio Pochettino waiting on final, full agreement soon. pic.twitter.com/dIRBUTtPd8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 26, 2023
Chelsea tunduk 0-2 kepada Brentford. Menjadikan kempen Chelsea musim ini sangat memalukan, memandangkan mereka sudah berbelanja sangat besar sejak diambil alih oleh firma yang diketuai Todd Boehly.
Jaringan sendiri oleh Cesar Azpilicueta dan juga gol oleh Bryan Mbuemo memberikan kekalahan ke-13 Chelsea dalam liga musim ini.
Kekalahan kelima
Secara keseluruhan The Blues masih tidak menang dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Rekod kedua terburuk mereka selepas Oktober-Disember 1993.
Di mana ketika itu mereka 11 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam semua pertandingan.
Chelsea are winless in their last seven matches in all competitions (D2 L5), losing the last four in a row ❌
There only longer winless run was between October and December 1993 (11 games)…
Not great times for the blues 🔵 pic.twitter.com/l3uX1kITsm
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 26, 2023
Chelsea turut mencatatkan rekod buruk mereka, gagal menjaringkan gol dalam 7 aksi di tempat sendiri musim ini.
Chelsea have failed to score at home in seven Premier League games this season:
◎ 0 vs. Arsenal
◎ 0 vs. Man City
◎ 0 vs. Fulham
◎ 0 vs. Southampton
◎ 0 vs. Aston Villa
◎ 0 vs. Liverpool
◎ 0 vs. BrentfordThe most times it's happened in a single PL campaign. 🫥 pic.twitter.com/dYArCcSe8l
— Squawka (@Squawka) April 26, 2023
Chelsea bergelut untuk ke Eropah
Chelsea masih berada di luar 10 teratas dalam carta liga. Mereka ketika ini malah sukar untuk melayakkan diri ke Piala Persidangan Eropah ataupun UECL.
Kegagalan untuk mara ke UCL atau UEL sememangnya akan meletakkan Chelsea dalam masalah berdasarkan perbelanjaan yang mereka ada.
Namun situasi sekarang ini, sasaran mereka pastinya ke UECL.
Tetapi kedudukan semasa mereka kelihatan tidak memihak.
Perlantikan Frank Lampard masih gagal membantu kelab itu menaikkan semula motivasi para pemain pemain bintang yang ada.
Chelsea malah sedang menikmati kekalahan kelima berturut turut mereka pada masa ini.