Moises Caicedo ada debut untuk dilupakan ketika Chelsea menelan kekalahan pertama musim ini hanya pada perlawanan kedua di tangan West Ham.

Caicedo masuk sebagai pemain gantian selepas menjadi pemain termahal dalam perpindahan kelab di England apabila Chelsea membayar £115 juta untuk pemain tersebut.

West Ham yang kehilangan Declan Rice pada jendela perpindahan kali ini menikmati kemenangan derbi London dengan cemerlang.

Nayef Aguerd ibarat madu dan racun buat West Ham. Dia menjaringkan gol pembukaan minit ke-7. Dan dia juga membuatkan pasukannya dalam masalah apabila terpaksa bermain 10 pemai selepas dibuang padang pada separuh masa kedua.

Walaupun Chelsea berjaya mengikat West Ham menerusi jaringan  pada minit ke-28, oleh Carney Chukwuemeka, dan berkelebihan seorang pemain pada separu masa kedua, The Blues masih gagal menterjemahkannya kepada kemenangan.

Pemain tengah sensasi mereka Enzo Fernandez mempersia siakan sepakan penalti lewat separuh masa pertama. Sekaligus gagal untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Michail Antonio menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-53, sebelum Aguerd dibuang padang pada minit ke-67.

Chelsea mempersiakan segala peluang yang ada untuk bangkit dan memenangi perlawanan ini. Bermain menentang 10 pemain, selepas mereka terlepas peluang gol daripada sepakan penalti – Chelsea malah memberikan penalti lewat masa kecederaan.

Yang sekaligus membunuh perlawanan ini secara total. Pemain yang melakukan debut, Moises Caicedo telah melakukan kekasaran pada masa kecederaan dan membolehkan Lucas Paqueta menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90+5.

Keputusan ini membawa West Ham ke tempat ke-6 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas 2 perlawanan denagn mengutip empat mata. Sementara itu, Chelsea kini berada di kedudukan ke-15.

Mauricio Pochettino akui dia hilang kata kata untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh tewas dalam perlawanan ini di mana banyak elemen permainan memihak mereka.

Seterusnya pemain antarabangsa England, Raheem Sterling menganggap West Ham berhak menang kerana pasukan itu menggunakan kesempatan yang mereka ada dengan sebaik mungkin untuk diterjemahkan ke dalam bentuk gol.